Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah mengakui bahawa kelab hampir memberikan kontrak jangka panjang yang baharu kepada Folarin Balogun.
Pemain berusia 19 tahun itu adalah salah seorang graduan akademi The Gunners, namun dia ketika ini mampu meninggalkan kelab secara percuma musim panas ini.
Dia akhirnya berjaya diyakinkan dan dipujuk untuk terus kekal bersama Arsenal oleh Mikel Arteta.
Folarin Balogun has signed his new contract with Arsenal until June 2025, done and completed.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 14, 2021
He received more than 15 proposals to sign as a free agent - Bayer Leverkusen made the biggest one. Edu Gaspar and Arteta convinced Balogun to stay and sign a new contract. ⚪️🔴 #AFC https://t.co/qXWfnrp5zW
Bagaimanapun, kelab masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai perjanjian baharu menjelang bulan Jun.
Bercakap dalam sidang media hari ini (semalam), Arteta mengatakan bahawa dia selalu bersikap positif terhadap keinginan pemain untuk kekal dan kelab itu 'sangat hampir' dengan pembaharuan kontrak Balogun.
Dia mengatakan kepada Arsenal.com: "Kami akan menjadikannya rasmi ketika ia rasmi dan semuanya selesai, tetapi seperti yang saya katakan sebelumnya, saya sangat positif bahawa dia ingin kekal di kelab.
"Kami mahu dia kekal di kelab, jadi kami sangat hampir. "
Sementara itu, Arteta juga ditekan sama ada Balogun akan dipinjamkan untuk penggal berikutnya.
Dalam jawapannya, dia berkata: “Pertama sekali, kita harus menandatanganinya!
"Sebaik sahaja kami menandatanganinya, kami pergi selangkah demi selangkah dan kami akan berkomunikasi dengan anda mengenai apa yang sedang kami lakukan. "
Balogun masih belum membuat debut Liga Perdana untuk Arsenal setakat ini, tetapi dia cemerlang dalam Liga Europa dengan dua gol dan satu bantuan gol ketika bermain hanya 61 minit.
Aksi penampilan itu hanya berlaku pada peringkat kumpulan pertandingan, tetapi ada banyak perkara positif terhadap kemampuan dan penyudahnya yang mengagumkan.
The Gunners kini sedang menilai masa depan duo penyerang, Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah, yang kontraknya akan berakhir dalam masa kurang dari 14 bulan.
Nketiah lebih cenderung menuju ke pintu keluar, setelah hampir tidak membuat penampilan sejak awal tahun ini, yang seharusnya memungkinkan Balogun menjadi pengganti kepada kekosongannya.
Balogun mungkin tidak diyakinkan untuk bermula dalam kesebelasan utama bagi saingan liga, tetapi dia kemungkinan akan memiliki kesempatan untuk menarik perhatian dari bangku simpanan dengan beberapa minit berharga yang akan diberikan kepadanya.
Kesepakatan pinjaman juga boleh menjadi pilihan bagi remaja itu untuk memperolehi pengalaman pasukan utama yang mencukupi sebelum sedia memikul meriam bersama The Gunners.