Kelab Jerman berminat menandatangani pemain muda The Gunners.

Borussia Monchengladbach dilaporkan mahu menandatangani penyerang muda Arsenal pada Januari ini.

Arsenal boleh menerima tawaran daripada kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach pada bulan Januari ini untuk Eddie Nketiah, ketika kontraknya semakin hampir tamat, menurut laporan dari The Sun.

Mungkin amat mengejutkan apabila The Gunners mahukan pemain berusia 22 tahun itu bersetuju dengan perjanjian baharu di Emirates, sedangkan peluang bersama pasukan utama begitu terhad.

Setakat ini, Eddie masih belum membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana, namun dia bagaimanapun telah memberi impak dalam saingan Piala Carabao dimana dia telah menjaringkan dua gol dalam dua penampilan.

The Sun melaporkan bahawa pihak Bundesliga mahukan penyerang itu dan mereka boleh berunding dan berbincang mengenai perjanjian pra-kontrak dengan Nketiah Januari ini, memandangkan kontraknya bersama Arsenal akan tamat pada musim panas depan.

Laporan itu menyatakan bahawa The Gunners mungkin terpaksa menerima tawaran yang rendah untuk penyerang itu apabila jendela perpindahan musim sejuk dibuka.

Bagi pemain itu sendiri, Nketiah dilaporkan telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu keluar dan berpindah setelah gagal mendapat peluang bersama The Gunners sejak sekian lama.

Melihatkan situasi ini, adalah baik sekiranya Arsenal menjual saja Nketiah daripada menyambung kontrak baharu, memandangkan terdapat minat yang ditunjukkan Borussia Monchengladbach itu.

Di satu pihak, anda boleh faham mengapa Arsenal mahu bersetuju dengan terma baharu bersama Nketiah. 

Perjanjian baharu akan memastikan bahawa The Gunners boleh mendapatkan bayaran yang lebih tinggi untuk penyerang muda itu apabila menjualnya kemudian hari.

Bagaimanapun, graduan akademi itu malangnya bukan pemain yang benar-benar boleh mencapai tahap yang diingin atau ditetapkan di Emirates.

Dia tidak bermain sejak beberapa tahun lalu, dengan membuat 67 penampilan dan menjaringkan hanya 15 gol dalam semua pertandingan.

Sudah tentu, dia mempunyai banyak potensi kerana dia adalah rekod penjaring gol England di peringkat bawah 21 tahun.

Tetapi menjualnya kepada Monchengladbach sebenarnya sangat masuk akal ketika ini.

Arsenal akan menerima sedikit bayaran untuk pemain itu dan mereka tidak akan membenarkan dia menyertai saingan Liga Perdana.

Terdapat risiko untuk menyambung kontrak baharu, sebagai contoh, tiada pasukan yang nampaknya sanggup dan mahu memenuhi harga yang diminta Arsenal pada musim panas nanti.

Jadi jika Gladbach datang menelefon pada bulan Januari, masanya mungkin tepat untuk Arsenal membenarkannya pergi.

Nketiah ketika ini dinilaikan sekitar €12 juta (kira-kira 10 juta pound sterling) dipasaran perpindahan semasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post