Paul Merson, bekas pemain Arsenal yang kini menjadi pundit televisyen menyifatkan perlawanan Arsenal menentang Watford sebagai satu perlawanan 'pelik'.
Arsenal akan menentang Watford di Stadium Emirates malam ini untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu perlawanan ke-11.
The Gunners berada dalam prestasi yang cukup baik dan berharap untuk menjadikannya tiga kemenangan liga berturut-turut dan sepuluh perlawanan tanpa kalah, juga secara berturut-turut dalam semua pertandingan.
Di samping itu, pertemuan malam ini akan menandakan perlawanan yang ke-100 Arteta mengemudi Arsenal dan kemenangan akan membolehkan rekod bekas kapten The Gunners ini semakin cemerlang selaku pengurus pasukan.
The Gunners menang 2-0 ke atas Leicester minggu lalu ditempat lawan, manakala The Hornets pula tewas 1-0 kepada Southampton dilaman sendiri.
Sejarah terkini pertembungan kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini turut menyebelahi Arsenal.
Baca : statistik dan ramalan Arsenal vs Watford
The Gunners telah memenangi 11 daripada 14 pertemuan Liga Perdana mereka menentang Watford, menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol setiap kali mereka bertemu dalam saingan itu.
Watford pula telah tewas enam daripada tujuh perlawanan Liga Perdana di tempat lawan menentang Arsenal, kecuali kemenangan 2-1 pada Januari 2017.
Menurut Merson yang menulis di Sportskeeda, beliau percaya bahawa The Gunners mempunyai segalanya untuk meraih kemenangan ke atas Watford dan meramalkan kemenangan 3-1 di tempat sendiri.
"Arsenal sedang meningkat naik dalam Liga Perdana," tulis Merson.
“Mereka bermain dengan sangat baik pada masa ini, tetapi mereka perlu berhati-hati menentang Watford.
“Arsenal mencatatkan keputusan hebat ketika menentang Leicester dan Aston Villa, dan mereka bermain dengan rentak dan bertenaga.
“Watford adalah pasukan yang bagus dalam serangan balas dan mengejutkan Everton minggu lalu.
“Arsenal sedang membina pasukan mereka dengan sangat baik pada masa ini, dan mengumpul sembilan perlawanan tanpa kalah sekarang.
“Mereka mempunyai beberapa perlawanan sukar selepas Watford, dan memasuki perlawanan menentang Liverpool, mereka dengan sepuluh perlawanan berturut-turut tanpa kalah akan membantu moral pasukan.
“Arsenal gagal mengutip sebarang mata dalam tiga perlawanan pertama mereka dan tidak mampu menjaringkan gol, manakala Tottenham berada di puncak carta Liga Perdana ketika itu.
“Spurs kini telah memecat pengurus mereka dan Arsenal sedang meningkat naik – ia satu perlawanan yang pelik.
“Dalam masa empat minggu, Arsenal mungkin akan dibelasah oleh Liverpool dan kita akan menggelar mereka sebagai pembuli.
“Tetapi kita perlu memberi mereka kredit di mana ia sepatutnya, dan mereka mengalahkan pasukan yang sepatutnya mereka layak.
“Arsenal kelihatan baik pada masa ini dan sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini.
Bercakap sebelum perlawanan malam ini, bos The Gunners, Arteta menegaskan bahawa dia mahu pemainnya terus meningkatkan tahap mereka ketika dia ingin meningkatkan prestasi pasukan.
“Apa yang saya tuntut ialah kami terus meningkat dan dapat melakukan yang baik, yang akan membawa kepada keputusan baik,” kata Arteta pada sidang akhbarnya minggu lalu.
“Kami mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang sama di sekeliling skuad, dan kami mampu menterjemahkannya ke dalam perlawanan dan setiap hari dalam latihan.
"Jika kami berbuat demikian, kami akan terus menjadi lebih baik.”