€40 juta diperlukan Arsenal untuk memulakan rundingan.

Arsenal diberitahu untuk menyediakan €40 juta bagi memulakan dirundingan dengan terdapat keraguan sama ada pemain tersebut sesuai untuk beraksi Liga Perdana Inggeris.

Arsenal mungkin memerlukan sebanyak €40 juta untuk menandatangani Lisandro Martinez dari Ajax, walaupun dia hanya menjadi pemain sandaran (backup) di Emirates.

Itu menurut bekas pemain bolasepak yang kini menjadi penganalisis, Marciano Vink.

Beliau juga mempersoalkan sama ada perpindahan ke Liga Perdana Inggeris merupakan tindakan yang tepat bagi pemain Argentina itu.

Martinez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sejak beberapa minggu lalu dengan Mikel Arteta dilihat meneruskan usahanya untuk membina semula skuad The Gunners pada musim panas ini.

Dipercayai, Martinez disasarkan untuk mengukuhkan posisi bek kiri dalam skuad The Gunners, dengan kawasan tersebut menjadi masalah bagi Arteta setelah kecederaan melanda Kieran Tierney dan Nuno Tavares dilihat masih bergelut untuk menyesuaikan diri pada tahun pertamanya.

Nuno Tavares masih gagal untuk menyesuaikan diri mahupun menjadi pengganti kepada Tierney ketika ketiadaan pertahanan Scotland itu.

Sehubungan itu (dengan kegagalan Tavares menjadi pemain sandaran yang diperlukan), The Gunners kini dilaporkan sedang mencari pembeli yang berminat mendapatkan Tavares dan Martinez pula adalah pemain yang nampaknya Arteta sasarkan untuk menggantikannya.

Sama ada The Gunners boleh menyelesaikan perjanjian untuk Martinez pada musim panas ini masih belum diketahui, tetapi Vink telah mempersoalkan sama ada langkah itu masuk akal atau tidak untuk pemain itu.

"Martinez adalah pemain pertahanan yang sangat bagus dan kuat. 

"Dia juga menunjukkannya dalam pasukan Argentina.

"Saya fikir sistem dan cara Ajax bermain dan gabungan dengan Timber menjadikannya pemain yang lebih baik. 

"Mereka adalah gandingan yang mantap.

"Dia mempunyai hantaran yang sangat baik dan mencipta build up yang baik. 

"Dia juga membaca permainan dengan baik. 

"Saya hanya tertanya-tanya sama ada dia benar-benar sesuai untuk bermain di England. 

"Saya lebih suka melihatnya dalam liga Sepanyol. 

"Saya rasa itu lebih sesuai untuk dia.

"Anda tidak pernah tahu, tetapi jika terdapat begitu banyak keuntungan ekonomi yang perlu dicapai, Ajax harus sentiasa fokus pada yang seterusnya. 

"Saya rasa empat puluh juta pasti boleh dirunding.

"Saya rasa White bagus dan Gabriel masih perlu digilap. 

"Kedua-duanya bukan pembina yang cemerlang.

"Dia [Martinez] akan dibawa masuk untuk peranan pertahanan tengah kiri dan saya tidak fikir mereka akan membiarkan Gabriel keluar dari Arsenal begitu sahaja. 

"Jika mereka mendapatkan Martinez, saya fikir mereka akan menggunakannya di bangku simpanan.

"Sebagai sandaran [backup]." katanya kepada Voetbalpraat, disampaikan oleh Ajax Showtime.

Martinez bukan sahaja mampu beraksi pada bek kiri, malah sebagai bek tengah dan juga tengah bertahan (defensive midfielder) dan dia dinilaikan Transfermark pada harga €32 juta. 

Post a Comment

Previous Post Next Post