Jordi Osei-Tutu di ambang penyingkiran.

Perpindahan begitu hampir buat pemain Arsenal berusia 23 tahun yang sepatutnya menandatangani kontrak baharu sehingga 2025.

VfL Bochum mahu membawa masuk pemain pertahanan baharu dan mereka telah mengalihkan perhatian mereka kepada Arsenal untuk mencari pemain yang sesuai untuk tugas itu.

Demikian menurut Sky Germany, yang menyatakan pihak Jerman menyasarkan Jordi Osei-Tutu dan perpindahan pemain Arsenal itu untuk menyertai VfL Bochum semakin hampir untuk menjadi realiti.

Setelah disenaraikan untuk beraksi bersama skuad senior Arsenal bermula musim 2017/18, Osei-Tutu dijangka mampu menyinar dan membuat penampilan bersama pasukan utama The Gunners.

Namun perkara tersebut tidak pernah berlaku dan situasi disekelilingnya juga tidak berkembang dengan baik.

Dia yang sepatutnya menandatangani kontrak baharu sehingga 2025, bagaimanapun perkara tersebut masih tidak berlaku setakat hari ini.

Kali terakhir dia memperbaharui perjanjian bersama Arsenal adalah pada 2017, di mana dia ketika itu menandatangani kontrak yang menyaksikan The Gunners memilikinya sehingga Jun 2023 dan perkara itu berlaku sebelum dia dipinjamkan kepada kelab Jerman, VfL Bocuhum.

Jordi Osei-Tutu dilaporkan terbuka untuk kembali ke VfL Bochum pada musim panas ini, dengan masanya bersama  Arsenal bagaikan sudah sampai ke penghujungnya.

Kini berusia 23 tahun, Osei-Tutu menyertai Arsenal dari sistem remaja Reading pada 2015 tetapi tidak pernah beraksi untuk pasukan utama The Gunners sehingga kini.

Sejak itu, dia telah dipinjamkan ke VfL Bochum, Cardiff, Nottingham Forest dan Rotherham.

Sepanjang kariernya bersama Arsenal, dia telah bermain paling banyak untuk kelab Jerman itu, dalam satu musim yang menyaksikan dia membuat penampilan sebanyak 22 kali, menjaringkan lima gol dan membantu tiga lagi semasa mereka berada di 2.Bundesliga.

Dengan khabar angin bertiup kencang mengenai kelab Jerman itu berminat untuk mendapatkannya kembali, Osei-Tutu seolah-olah membalas (memberikan respon) terhadap khabar angin itu dengan menyiarkan gambar dirinya meraikan gol untuk Bochum di cerita Instagramnya. 

Dia, bagaimanapun memadam tampalan cerita itu dari halaman media sosialnya.

Cerita Instagram Jordi Osei-Tutu.

Post a Comment

Previous Post Next Post