Berakhirlah riwayat kesan degil.

Marseille akhirnya menandatangani Guendouzi secara tetap.

Kelab Perancis, Marseille telah mengesahkan bahawa mereka menandatangani Matteo Guendouzi secara tetap dengan perjanjian tiga tahun.

Perpindahan itu pada dasarnya telah berkuatkuasa pada Mac lalu, apabila pemain antarabangsa Perancis itu melengkapkan perlawanan ke-38 untuk Les Olympiens.

Dengan itu, ia sekali gus mencetuskan klausa pembelian dalam kontraknya dengan bayaran, yang dianggap berada di sekitar £10 juta, yang telah dipersetujui terlebih dahulu dengan Arsenal.

Guendouzi membuat 55 penampilan untuk pasukan Stade Velodrome musim lalu, menjaringkan lima gol dan mencipta 14 bantuan. 

BUDAK NAKAL

Selepas tempoh yang sukar dialaminya bersama Arsenal berikutan insiden yang jelas tidak memuaskan hati Mikel Arteta, dia kelihatan tenang dan tidak terkesan dengan 'hukuman' yang diterimanya malah terus mempamerkan potensi sebenarnya.

Perlawanan terakhir Guendouzi bersama Arsenal adalah ketika menentang Brighton pada Jun 2020.

Insiden yang menyebabkan Guendouzi dihukum Arteta.

Tingkah lakunya pada masa kecederaan pada perlawanan yang menyaksikan kekalahan 1-2 kepada Brighton menyebabkan dia mencetus kemarahan Arteta, yang kemudiannya bertindak 'menghalaunya' sepanjang kempen. 

Dia kemudiannya menghabiskan kempen 2020/21 bersama Hertha Berlin, secara pinjaman.

Sekembalinya dari tempoh pinjaman bersama kelab Jerman itu, dia sekali lagi dihantar keluar, juga secara pinjaman dan menyertai rakan sepasukan Arsenal, William Saliba untuk beraksi di Perancis bersama Marseille.

Guendouzi adalah salah seorang daripada beberapa pemain lain yang mungkin akan meninggalkan Emirates dalam beberapa kapasiti musim panas ini.

Dan dengan pengesahan ini, dia telah menemui kelab sebenar untuknya bagi mengharungi kempen seterusnya, meninggalkan rakan-rakannya yang lain seperti Lucas Torreira, Reiss Nelson, Hector Bellerin, Alex Runarsson, Ainsley Maitland-Niles dan Pablo Mari.

Kesemua mereka ketika ini masih dan sedang mencari kelab baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post