The Gunners tidak sanggup membayar yuran yang diminta untuk menandatangani dengan pemain mengharapkan kelab untuk menurunkan harga permintaan.
Sejak beberapa hari lalu, laporan dari media Sepanyol telah membincangkan minat Arsenal untuk menandatangani Marco Asensio dari Real Madrid.
Pada 30 Jun, AS melaporkan Mikel Arteta menyokong usaha untuk menandatangani Asensio pada musim panas ini.
Ia juga menjelaskan pemenang La Liga itu tidak membuat sebarang tawaran untuk memperbaharui kontraknya.
Pemain berusia 26 tahun itu mempunyai baki 12 bulan dalam perjanjian semasanya di Bernabeu.
Sport pada hari Jumaat menyatakan pemain antarabangsa Sepanyol itu mahu meninggalkan Los Blancos untuk pasukan yang boleh menawarkan gaji yang lebih baik dan lebih banyak masa bermain.
Ejennya, Jorge Mendes, mempunyai tugas untuk mencari kelab yang memenuhi kriteria tersebut untuk bekas pemain Mallorca itu.
Ia mendakwa penyerang itu sedang mencari untuk memperolehi sekitar €6-7 juta [kemungkinan bersih] setahun dalam gaji di kelab baharunya.
Pihak Carlo Ancelotti pula dilaporkan gembira untuk menerima bayaran €40 juta bagi membenarkan penjualan Asensio.
Arsenal dan Milan adalah dua kelab yang begitu meminati pemain Sepanyol itu sebagaimana dilaporkan Sport.
Dengan Arsenal dan Milan tidak mahu memenuhi permintaan pemenang Liga Juara-Juara, pemain itu mengharapkan majikannya untuk menurunkan harga permintaan bagi melepaskannya (penjualan).
Selain Arsenal (dari kelab Inggeris), pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut dilaporkan meminati Asensio, tetapi pemain itu akan merasa sukar untuk mempunyai masa permainan yang penting di Anfield.
Anak buah Ancelotti itu mempunyai dilema sukar di hadapannya, sama ada untuk mengutamakan gaji yang lebih baik atau masa permainan, yang mana ianya penting baginya menyertai skuad Luis Enrique untuk Piala Dunia Qatar.
Pilihan ketiga ialah kekal di Real Madrid untuk satu musim lagi dan meninggalkan mereka sebagai ejen bebas pada 2023.
Itu bagaimanapun melibatkan risiko untuk ditinggalkan skuad Sepanyol untuk kejohanan FIFA pada akhir tahun ini.