Unai Emery telefon Banega pujuk sertai Arsenal?

Unai Emery telefon Banega pujuk sertai Arsenal? Kredit foto : Metro

Berita perpindahan Ever Banega ke Arsenal secara tiba-tiba menjadi hangat dan semakin meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini dan dikatakan berpontensi besar untuk menjadi kenyataan pada jendela perpindahan kali ini.



Tiga hari lalu laporan daripada Estadio Deportivo melaporkan bahawa pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dikatakan berminat untuk membawa kembali bekas pemain yang pernah beraksi dibawah kendalian beliau ketika di Sevilla ke Emirates.

Dan media Sepanyol itu telah mengikuti perkembangan perpindahan pemain ini dengan begitu teliti sekali dan juga mereka mengetahui bahawa peminat dan penyokong setia kelab Sevilla pasti mengambil berat mengenai perpindahan pemain ini.

Berdasarkan itu, mereka cuba menyampaikan berita ini dengan sebaik mungkin bagi menarik perhatian peminat Sevilla dan juga peminat Arsenal.

Jika tiga hari lalu mereka melaporkan bahawa pertukaran Pengarah Bola Sepak Sevilla, Oscar Arias yang merupakan kawan karibnya telah mencetuskan rasa marah (tidak berpuas hati) Banega (baca disini: Emery berminat bawa bekas pemain ke Emirates), kali ini mereka melaporkan bahawa Emery telah menghubungi pemain tersebut melalui telefon bagi memujuk Banega menyertai Arsenal.

Selain itu, mereka turut melaporkan (tiga hari lalu) bahawa Banega sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk berpindah dari Sevilla apabila memberitahu kepada rakan karibnya.

Serta mereka juga melaporkan bahawa Banega telah pun berunding bersama Emery untuk mendapat jaminan masa bermain beliau bersama Arsenal.

Malahan wartawan Itali turut melaporkan bahawa perjumpaan diantara ejen pemain tersebut dikatakan berjalan lancar bersama wakil Arsenal.

Namun dalam laporan terkini, mereka menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan perjumpaan dan rundingan tersebut adalah tidak benar.

Pun begitu, mereka melaporkan bahawa minat Emery untuk mendapatkan Banega tetap ada sehingga mengatakan bahawa Emery telah menghubungi Bangera secara peribadi (telefon) bagi memujuk pemain tersebut menyertai Arsenal, dengan tajuk utama laporan mereka mengatakan 'Emery cuba menggoda Banega'.


Emery tries to seduce Banega
The arrival of Emery to the Arsenal fired the rumors on the interest of the 'gunners' by the rosarino, that recently has changed of agent and that now is concentrated with the Argentine selection. There was talk of a meeting with the former representative in London that did not really occur but it is true that the nerionense extécnico want to tell again to their orders with the medium, which drew his best version both in Valencia and Sevilla .

In this way, the hondabitarra would have contacted the player by phone to try to convince him to come to the Emirates Stadium . It should be remembered that, with a contract until 2020, its termination clause amounts to 20 million euros , five more in the last ten days of the market.

Estadio Deportivo

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran berita ataupun laporan yang mengatakan Emery telah menghubungi sendiri Banega dan memujuk beliau menyertai Arsenal.

Dan adakah benar Emery mahukan Banega menyertai Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post