Unai Emery dilaporkan berminat untuk bersatu semula dengan bekas pemain tengahnya di Emirates

Unai Emery dilaporkan berminat untuk bersatu semula dengan bekas pemain tengahnya di Emirates. Kredit foto: Okezone

Ever Banega meninggalkan Sevilla dan berpindah ke Inter Milan pada 2016 dan hanya selepas satu musim bersama kelab Itali itu, pemain berusia 29 tahun itu berpindah kembali ke Seville pada 27 Jun 2017.

Kepulangan Benega kembali menyertai semula kelab itu dibantu oleh Oscar Arias yang merupakan Pengarah Bola Sepak Sevilla selain mereka berdua turut mempunyai hubungan rapat.

Namun tindakan Sevilla yang melantik Joaquin Caparros sebagai pengganti Arias selaku Pengarah Bola Sepak menyebabkan Banega dilaporkan tidak lagi gembira bersama kelab itu dan dikatakan ingin meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini menurut laporan Estadio Deportivo.

Laporan itu mendakwa bahawa Banega telah memaklumkan kepada kawan rapatnya mengenai keinginan beliau untuk meninggalkan Sevilla pada musim panas ini. 

Kontrak beliau bersama Sevilla bakal berakhir pada tahun 2020 dan mempunyai klausa pelepasan bernilai €20 juta dan bakal / mampu meningkat menjadi € 25 juta dalam 10 hari terakhir pada jendela perpindahan.

Pengendali Arsenal, Unai Emery dikatakan berminat untuk mendapatkan kembali pemain tengah yang pernah bersama beliau sebelum ini, namun faktor kewangan sekali lagi menjadi persoalan sama ada beliau mampu berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan ataupun terpaksa mencari dana tambahan dengan menjual pemain Arsenal ketika ini.

Pun begitu, menurut laporan Sport Review, ejen Banera dikatakan bakal berunding bersama Arsenal mengenai prospek perpindahan ini.

Dan laman yang sama melaporkan bahawa pemain tersebut mahukan jaminan mengenai masa permainan yang bakal diberikan kepada beliau sebelum bersetuju untuk menyertai Emery di Arsenal.

Manakala wartawan Itali, Nicolo Schira pula melaporkan bahawa rundingan ejen Banera bersama Arsenal dikatakan berlangsung dengan positif setelah beliau turut melaporkan mengenai kehadiran ejen Banera, Marcelo Simonian di London sehari sebelum itu.
Ever Banega ketika ini bersama skuad kebangsaan Argentina di Rusia bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia dan beliau mampu beraksi selaku pemain attacking midfielder, center midfielder dan defensive midfielder

Statistik Banega bersama Argentina di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia setakat ini.
Rekod penampilan bersama Sevilla musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
LaLiga 31 3 3
Champions League 9 1 2
Copa del Rey 8 1 1
Champions League Qualification 2 - -
JUMLAH 50 5 6

Post a Comment

Previous Post Next Post