Philipp Cocu mahukan David Ospina

Philipp Cocu  kini menjadi pengurus Fenerbahce. Kredit foto : Alchetron

Selepas Fenerbahce melantik Philipp Cocu sebagai pengurus baru mereka, media Turki, Fanatik mendakwa mereka kini mensasarkan penjaga gol kedua Arsenal, Davis Ospina.

Laporan Fanatik menyatakan, selepas Arsenal menandatangani Bernd Leno, harapan Fenerbahce untuk mendapatkan penjaga gol kebangsaan Colombia itu semakin meningkat dan skuad yang dikenali dengan panggilan Yellow Canaries itu berharap Ospina akan menjadi penjaga gol mereka musim depan.

Dan menurut laporan itu juga, Cocu telah bersetuju untuk Fenerbahce menandatangani Ospina serta pihak pengurusan kelab tersebut turut dilaporkan telah bersedia untuk memulakan rundingan secara rasmi dengan pihak Arsenal dalam waktu dekat ini.


Gergasi Turki dikaitkan dengan perpindahan Ospina pada musim panas tahun lalu dan Fanatik percaya perpindahan pemain kebangsaan Colombia itu kelihatan lebih cenderung berlaku pada musim panas ini.

Selain Fenerbahce, Ospina juga dikaitkan dengan perpindahan ke Tigres, namun kelab Turki itu optimis mereka dapat mengatasi kelab Mexico itu dalam mendapatkan penjaga gol Arsenal ini.

Dengan Ospina ketika ini terlibat bersama pasukan kebangsaan Colombia bagi Kejohanan Piala Dunia, kedua-dua kelab tersebut terpaksa menunggu lebih lama bagi menyelesaikan perpindahan ini.

Statistik Ospina di Kejohanan Piala Dunia 2018 setakat ini.
Kontrak Ospina bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2019 (tahun depan) dan Arsenal sudah pasti tidak mahu melepaskan pemain itu secara percuma (musim depan) dan jalan terbaik adalah menjual beliau pada jendela perpindahan musim panas ini.

Dan kemasukan Bernd Leno turut membuatkan urusan pembaharuan kontrak Ospina bersama Arsenal semakin sukar.

Semalam Turki Football melaporkan bahawa pihak pengurusan Fenerbahce telah berada di London bagi membincangkan rundingan tersebut bersama pihak Arsenal.

Rekod penampilan musim 2017/18 bersama Arsenal
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
Europa League 10 9 3
Premier League 5 3 3
EFL Cup 5 4 3
FA Cup 1 4 -
Community Shield - - -
JUMLAH 21 20 9

Post a Comment

Previous Post Next Post