Adakah kita bakal menerima berita gembira kali ketiga dari Jerman?

Adakah kita bakal menerima berita gembira kali ketiga dari Jerman? Kredit foto : W3LiveNews

Selepas pengumuman Bernd Leno menyertai Arsenal dibuat secara rasmi lebih kurang lima hari lalu dan sebelum itu turut dikatakan pemain pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos telah melengkapkan perjanjian perpindahan ke Arsenal, adakah kita bakal menerima sekali lagi berita dari Jerman?



Laporan media Jerman, Bild yang pernah melaporkan mengenai perpindahan Sokratis Papastathopoulos (baca disini) dan Bernd Leno ke Arsenal sebelum ini  bagaikan memberi petanda baru bahawa seorang lagi pemain kelab Jerman bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.


Bild mengatakan bahawa Freiburg bakal menerima 'kejutan' perpindahan daripada Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini dalam laporan terkini mereka.

Caglar Soyuncu telah dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan Bild telah memetik laporan dari Turki yang mengatakan pemain tersebut telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau mahu berpindah dan beraksi di Liga Perdana Inggeris dengan menamakan Arsenal sebagai kelab yang dikaitkan. 

"Benar ada tawaran dari Arsenal. Saya harap saya akan pergi ke sana. Saya benar-benar mahu bermain di Liga Perdana Inggeris, tetapi semuanya bergantung kepada kelab saya. Kerana saya masih mempunyai kontrak di sini selama tiga tahun lagi."

Sebelum ini pada pertengahan Mei, Soyuncu mengakui bahawa beliau berminat untuk menyertai Liga Perdana Inggeris sebagai mana dilaporkan media Turki Ajansspor.


Dalam laporan tersebut, beliau (Soyuncu) telah ditanya mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahan beliau ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beliau mengakui begitu teruja untuk beraksi didalam saingan liga tersebut.

Namun begitu, beliau mengatakan bahawa beliau perlu terlebih dahulu menyertai pasukan yang beraksi didalam saingan tersebut sebelum mampu beraksi didalam liga yang pada pandangan beliau adalah liga terbaik buat dirinya.

Caglar Söygün: Premier League is right for me

"For me, it must be a team that I can play first. As a defender, I do not have a chance to play every game. While the defensive player will transfer, of course he will look at the size of his team, but will also evaluate his chances of playing. Something at the moment is an exaggeration. It's best to wait. The English League is a very good league. He says that you're more involved in construction. It does not matter to me. I try to get that form as long as I get it." -- Soyuncu via Ajansspor.

Dan pada awal bulan Mei, presiden kelab Presiden Altinordu, Seyit Mehmet Ozkan telah bercakap kepada media dalam satu forum yang bertajuk 'Situasi Ekonomi dalam Bola Sepak Turki' dan mendakwa Arsenal semakin hampir menandatangani pertahanan Freiburg, Caglar Soyuncu.
Dan pada April lalu, pengurus pasukan Altinordu, Huseyin Eroglu (via Futbaolarena) telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau yakin bahawa bekas pemain yang dihasilkan daripada akademi kelab itu bakal menyertai Liga Perdana Inggeris musim depan (2018/19).

"Saya fikir Caglar akan pergi ke England pada akhir musim ini. Dia datang dari akademi kami sendiri dan sekarang sedang beraksi dengan baik di Bundesliga. Bagi saya, dia akan pergi ke Manchester United atau Manchester City pada akhir tahun dan menjadi bakal menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik. "

Berbalik kepada luahan perasaan Soyuncu kepada media Turki itu tadi, beliau yang teruja untuk menyertai Liga Perdana Inggeris bagaimana pun mengambil sikap 'tunggu dan lihat' sahaja ketika ini.

"Pada masa ini ia adalah sesuatu yang lebih digambarkan oleh media secara berlebihan. Yang terbaik adalah mengambil berdiam diri - tunggu dan lihat. Liga Inggeris adalah liga yang sangat baik." - Caglar Soyuncu


Soyuncu telah membuat 55 penampilan untuk pasukan Bundesliga itu semenjak menyertai mereka dua tahun lalu dan kontrak beliau bersama kelab tersebut bakal berakhir pada tahun 2021.

Bagaimanapun, perkembangan terkini yang mengaitkan Soyuncu ke Arsenal semakin diperkatakan walaupun sebelum ini khabar angin tidak mendedahkan secara terperinci kelab yang berminat untuk menandatangani pemain itu.

Akhbar Jerman itu turut memetik ejen pemain tersebut,  Mustafa Dogru sebagai berkata: 

"Saya tidak terkejut dengan minat itu. Çaglar adalah pemain pertahanan moden. Saya rasa Liga Perdana sangat sesuai untuk corak dan sifat yang ada pada pemain pertahanan dengan itu." 

Selain itu, Bild turut melaporkan dimana media Inggeris membuat rumusan bahawa nilai perpindahan Soyuncu ke Arsenal bakal mencecah sehingga 40 juta euro dan jika ianya berlaku, pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah Bundesliga.

Dan 25 peratus daripada hasil penjualan Soyuncu itu bakal diterima oleh bekas kelab pemain itu, Altinordu.

Namun Freiburg enggan mengulas lanjut mengenai isu bayaran tersebut.

Adakah kita sekali lagi bakal menerima khabar gembira dari Jerman?

Post a Comment

Previous Post Next Post