Pendedahan Wilshere mengenai perbincangan beliau bersama Emery.

Jika sebelum ini pengendali baharu Arsenal, Unai Emery mendedahkan punca mengapa Jack Willshere meninggalkan Arsenal, kini giliran Wilshere pula berbuat demikian.



Emery minggu lalu mendedahkan bahawa keputusan Wilshere meninggalkan Arsenal adalah kerana taktikal dan teknikal yang bakal dilakukan beliau bersama Arsenal.

Keputusan Jack Wilshere Tinggalkan Arsenal 

Dan semalam, Wilshere melalui pendedahan yang dibuat oleh Metro mendedahkan perbualan dan perbincangan beliau bersama Emery sebelum keputusan meninggalkan Arsenal dibuat oleh beliau.

Jack Wilshere menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Emery melainkan rasa hormat terhadap pengendali baharu Arsenal itu.

Sebelum itu, Arsenal telah menawarkan Wilshere pembaharuan kontrak bagi memastikan pemain berusia 26 tahun itu kekal bersama The Gunners.

Namun Wilshere merasakan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal selepas bercakap dan berbincang bersama Emery.

Emery telah memaklumkan kepada Wilshere bahawa beliau  tidak dapat menjamin tempat buat Wilshere dalam kesebelasan utama Arsenal musim depan berdasarkan taktikal dan teknikal beliau yang bakal digunakan nanti.

Walau bagaimanapun, Wilshere menegaskan bahawa beliau dan Emery tidak mempunyai sebarang masalah sambil menyifatkan pengendali kelahiran Sepanyol itu telah melakukan perbincangan tersebut dengan begitu cemerlang dan jujur sekali.

Menurut Wilshere, Emery boleh sahaja mengatakan bahawa masih boleh memberikan tempat kepada beliau dan beliau akan menandatangani kontrak baru serta Arsenal boleh menyimpan beliau sebelum menjualnya pada jendela perpindahan.

Namun Emery bersikap jujur dengan berterus terang kepada Wilshere mengenai peluang untuk beliau beraksi bersama Arsenal.

Wilshere memuji tindakan Emery yang berani berterus terang dan seterusnya membantu beliau untuk membuat keputusan meninggalkan Arsenal, dan menyertai West Ham.

"Saya tidak mempunyai apa-apa selain menghormati dia (Emery),' kata Wilshere.

"Kami mengadakan pertemuan dan dia memberitahu saya bahawa saya tidak akan bermain seperti yang saya mahukan."

"Jadi itu sukar baginya dan saya berterima kasih kepada dia untuk itu. Dia boleh berkata: "Ya, awak akan bermain".

Wilshere ditawarkan kontrak baru dengan menyaksikan pengurangan gaji namun masih mampu menandatangani kontrak tersebut seandainya pertemuan dengan Emery menemui jalan positif.
Bagaimanapun, Wilshere berkata bahawa beliau telah membuat keputusan yang tepat untuk meninggalkan The Gunners dan bersyukur kerana Emery tidak membuang masa beliau.

"Saya boleh menandatangani kontrak dan tinggal dalam masa setahun bersama mereka sebelum mereka terpaksa menjual saya," kata Wilshere.

"Jadi, dia benar-benar jujur ​​dengan saya dan saya berterima kasih kepadanya untuk itu."

"Keputusan itu dibuat semata-mata berdasarkan bolasepak."

"Kontrak itu masih di sana. Selepas perbincangan saya dengan pengurus baru, dia menjelaskan bahawa saya masih boleh tinggal (bersama Arsenal)."

"Tetapi saya rasa ia adalah masa yang tepat (meninggalkan Arsenal)."

Jack wilshere telah menandatangani kontrak bersama West Ham United pada 9 Julai 2018 dengan tempoh kontrak selama tiga tahun.


Post a Comment

Previous Post Next Post