Keputusan Jack Wilshere tinggalkan Arsenal kerana taktikal dan teknikal.

Unai Emery jelaskan keputusan mengenai Jack Wilshere bersama Arsenal adalah 'taktikal dan teknikal'.

Malahan Emery sendiri tidak menimbulkan sebarang isu mengenai kerisauan beliau terhadap kecederaan yang pernah dan bakal dialami Wilshere.

Penjelasan tersebut disiarkan oleh Sky Sports dimana Emery mengatakan bahawa beliau tidak dapat menjamin tempat utama Jack Wilshere di Arsenal kerana faktor taktikal dan teknikal yang bakal diserapkan beliau bersama Arsenal.

Wilshere sebelum ini menjelaskan keputusannya untuk menamatkan karier beliau selama 17 tahun bersama Arsenal adalah kerana dia telah dimaklumkan oleh ketua jurulatih baharu, Emery mengenai masa bermainnya akan dikurangkan dengan ketara.

Pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan dia juga bersetuju untuk menandatangani kontrak baru yang menyaksikan gaji beliau dikurangkan selepas beberapa bulan rundingan dijalankan untuk memberi jaminan masa depannya bersama Arsenal dan rundingan ini kekal apabila Emery dilantik sebagai pengendali baharu Arsenal.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab West Ham.

Emery berkata beliau lebih suka mengekalkan perbincangannya dengan Wilshere secara peribadi, tetapi menjelaskan bahawa beliau tidak mampu memberi jaminan untuk memastikan pemain tengah itu berada dalam kesebelasan utama Arsenal musim depan.

"Ia adalah keputusan teknikal, taktikal," kata Emery. 

"Perbincangan dengan Wilshere adalah perbincangan yang sangat baik. Saya menjelaskan kepada beliau pendapat saya dan bagaimana saya mahu membentuk pasukan dan tidak pasti (saya boleh) mengatakan kepadanya dia akan bermain dalam kesebelasan utama."

"Juga beliau menjelaskan kepada saya keputusan itu tidak mudah baginya tetapi dia mahu memilih pilihan terbaik untuknya."

"Saya tahu pemain ini sangat penting untuk penyokong, dia membesar di sini dengan Arsenal, tetapi saya tidak memberikannya satu posisi tetap dalam kesebelasan utama, kerana itu dia memilih untuk meninggalkan Arsenal dan saya menghormati keputusan tersebut."

Rekod penampilan Jack Wilshere bersama Arsenal

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 166 8 20
Champions League 22 4 4
EFL Cup 18 1 4
FA Cup 14 1 -
Europa League 13 1 3
Premier League 2 10 1 4
Champions League Qualification 5 - 1
Community Shield 1 - 1
Reserve League South 1 - -
JUMLAH 250 16 37

Rekod menampilan mengikut posisi sepanjang karier bersama Arsenal
POSISI Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 105 6 17
Attacking Midfield 48 3 10
Defensive Midfield 16 - 5
Right Midfield 11 4 1
Left Midfield 9 1 -
Second Striker 1 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post