Alex Iwobi pemain yang menjadi sebutan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Alexander Chuka Iwobi ataupun lebih dikenali dengan Alex Iwobi dilahirkan di Lagos, Nigeria sebelum berpindah ke England pada usia empat tahun.



Beliau merupakan anak saudara kepada bekas pemain bolasepak kebangsaan Nigeria, Jay-Jay Okocha.

Menyertai akademi Arsenal pada tahun 2004 pada usia 8 tahun, beliau ketika ini menjadi salah seorang pemain yang menjadi sebutan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Baik yang menggemari beliau mahupun yang tidak menyukai beliau.

Sukar untuk memahami mengapa beliau dibenci dan menjadi kutukan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal sendiri (maaf kerana menimbulkan persoalan begini).

Namun, setiap orang berhak untuk meluahkan pandangan tersendiri mereka mengenai Iwobi.

Pun begitu, bagi penulis untuk menyalahkan Iwobi dan membenci apatah lagi mengutuk beliau adalah tidak wajar (namun penulis tetap menghormati pandangan masing-masing).

Ini kerana Iwobi merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi Arsenal.

➠ Produk keluaran Arsenal.
Tidakkah anda bangga dengan produk kelab? Dan juga Arsenal mendapatkan beliau tanpa sebarang kos.

Dengan barisan belakang tabir yang baru serta barisan kejurulatihan baru Arsenal, mungkin beliau bakal menjadi lebih berbisa dan lebih mantap. Siapa tahu?

Peluang masih ada...masa masih panjang untuk Arsenal menggilap dan mengasah bakat Iwobi.

Dan gaji diterima beliau adalah dipercayai £30,000 seminggu dengan kontrak bakal berakhir pada 2020, bukanlah sesuatu yang membebankan kewangan Arsenal.

Boleh dikatakan ianya berbaloi dengan sumbangan yang telah diberikan Iwobi setakat ini.

➠ Masih muda.
Iwobi masih muda, baru berusia 22 tahun namun berjaya membuat penampilan di pentas Piala Dunia bersama Nigeria dalam kesebelasan utama skuad negara tersebut.

Sudah pasti Nigeria berterima kasih kepada Arsenal kerana melahirkan dan membentuk pemain untuk mereka.

Musim lalu beliau telah membuat 26 penampilan dalam saingan liga dengan berjaya menjaringkan tiga gol dan lima bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Dan beliau merupakan TOP 10 Penjaring Terbanyak Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

TOP 10 Penjaring Liga Perdana Arsenal
Bil. Rank Pemain Jumlah Jaringan
1. 1. Alexandre Lacazette 14
2. 2. Pierre-Emerick Aubameyang 10
3. 3. Aaron Ramsey 7
4. Alexis Sánchez 7
5. 5. Nacho Monreal 5
6. Danny Welbeck 5
7. 7. Olivier Giroud 4
8. Mesut Özil 4
9. 9. Alex Iwobi 3
10. Shkodran Mustafi 3

Jika dibandingkan sumbangan beliau dalam menghasilkan bantuan gol, beliau berada didalam TOP 5 Pemain Arsenal Terbanyak menghasilkan bantuan gol dalam saingan Liga Perdana.

TOP 5 Bantuan Gol Liga Perdana Arsenal
Rank Pemain Jumlah Jaringan
1. Mesut Özil 8
2. Aaron Ramsey 8
3. Granit Xhaka 7
4. Alex Iwobi 5
5. Pierre-Emerick Aubameyang 4

Purata 0.12 gol untuk setiap perlawanan yang dimainkan beliau dan 0.19 bantuan gol dihasilkan secara purata dalam aksi saingan Liga Perdana 2017/18 boleh dikatakan adalah rendah.

Namun sumbangan beliau itu mungkin mampu dipertingkatkan lagi dimasa hadapan dengan kehadiran barisan kejurulatihan baru Arsenal ketika ini.

Beliau yang beraksi pada sayap kiri juga mampu beraksi pada sayap kanan selain pemain tengah menyerang (attacking midfielder), pasti mampu memberi pilihan kepada Emery untuk membentuk pasukan yang mantap.

Seseorang jurulatih yang hebat pasti mampu membentuk dan menghasilkan pemain yang hebat dan pasti tugas ini bakal menjadi satu tugasan sukar buat barisan kejurulatihan Arsenal.

Adalah sesuatu yang merugikan untuk melepaskan ataupun menjual beliau pada ketika ini. Mungkin beliau patut diberikan semusim lagi (peluang) untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar mampu menjadi seorang pemain bintang.

Selain itu, beliau merupakan pemain 'home-grown' dan tidak merugikan untuk menggunakan beliau sebagai pemain 'backup' kepada skuad utama Arsenal.

Pencapaian peribadi beliau adalah dinobatkan selaku Pemain Muda Terbaik Afrika 2016 dan terpilih berada di dalam Pasukan Terbaik Benua Afrika 2016.

Berikut adalah data dan statistik penampilan Alex Iwobi sepanjang beliau bersama Arsenal.

Musim 2017/18
Aksi Bersama Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 26 3 5
Europa League 6 - 2
EFL Cup 5 - -
Community Shield 1 - -
FA Cup 1 - -
JUMLAH 39 3 7

Posisi dimainkan musim 2017/18
POSISI Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Attacking Midfield 22 2 4
Left Winger 10 1 2
Right Winger 7 - 1
JUMLAH 39 3 7

Tyrell Robinson merupakan rakan baik Iwobi ketika bersama skuad remaja Arsenal, kini beraksi bersama Bradford City. Kredit foto :Daily Star
Rekod penampilan sepanjang karier bersama Arsenal (setakat ini).
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Minit Beraksi
Premier League 65 8 12 2 3,936'
Premier League 2 39 12 4 1 2.976'
UEFA Youth League 15 4 3 1 1,170'
Champions League 9 1 1 - 489'
FA Cup 9 - 3 - 596'
EFL Cup 8 - - 1 580'
Europa League 6 - 2 - 334'
FA Youth Cup 2 - - - 150'
Community Shield 1 - - - 67
JUMLAH 154 25 25 5 10,298'

Rekod Penampilan Mengikut Posisi
POSISI Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Left Winger 54 6 10
Right Winger 42 9 9
Attacking Midfield 35 3 6
Centre-Forward 6 7 -
Central Midfield 5 - -

Rekod penampilan untuk perlawanan kompetitif
Aksi Bersama Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Arsenal FC 98 9 18
Arsenal FC U23 39 12 4
Arsenal FC UEFA U19 15 4 3
Arsenal FC U18 2 - -
JUMLAH 154 25 25


Post a Comment

Previous Post Next Post