Giroud ungkit kembali apa yang diperkatakan Ozil kepada beliau ketika latihan bersama Arsenal.

Giroud ungkit kembali apa yang diperkatakan Ozil kepada beliau. Kredit Foto: Sky Sports

Olivier Giroud mendedahkan apa yang dikatakan Mesut Ozil ketika dalam latihan bersama Arsenal.


Bekas penyerang Arsenal yang kini beraksi untuk Chelsea, Olivier Giroud telah mendedahkan bahawa beliau pernah 'disindir' oleh Mesut Ozil ketika menjalani latihan bersama-sama di Arsenal  satu ketika dahulu.

Ozil memainkan peranan penting dalam membantu kejayaan Jerman di Brazil empat tahun lalu selepas mereka mengalahkan Argentina pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 untuk bergelar Juara Dunia

Namun pada edisi 2018, Ozil gagal mengulangi dan membantu pasukan yang dibimbing Joachim Low selepas tersingkir diperingkat kumpulan dalam keadaan memalukan buat pasukan yang bergelar Juara Piala.

Giroud, sementara itu pula berjaya membantu Perancis pada edisi terbaru (2018) untuk dinobatkan selaku Juara Dunia.

Dan penyerang Chelsea itu mendedahkan beliau telah menerima motivasi daripada Ozil ketika menjalani latihan ringan dalam sesi latihan mereka bersama di Arsenal.

"Saya pernah bermain dengan pemain Jerman (Ozil) ketika bersama di Arsenal dan saya sangat cemburu terhadap mereka," Giroud memberitahu BFM TV.

Giroud dan Ozil ketika bersama Arsenal. Kredit foto: Arsenal.com
"Kadang-kadang pada sesi latihan waktu pagi, Mesut Ozil mengalami kekalahan tetapi dia berkata 'shh... shh... saya Juara Dunia.' "

Dan 'sindiran' Ozil itu memberi rangsangan kepada Giroud untuk membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Giroud walaupun gagal menjaringkan gol pada kejohanan kali ini, namun beliau merupakan antara pemain kesebelasan utama Perancis yang muncul juara selepas menewaskan Crotia 4-2.

Giroud kini bergelar Juara Dunia.
Tentu menarik untuk menyaksikan pertembungan diantara Arsenal menentang Chelsea musim depan dan adakah Giroud akan memulangkan paku buah keras dengan berbisik kepada Ozil "Aku juga Juara Dunia...shhh...shh..."

Post a Comment

Previous Post Next Post