Sokratis Papastathopoulos sah menjadi pemain ketiga sertai Arsenal. Kredit foto : Arsenal

Setelah sekian lama menantikan status perpindahan dan pengumuman rasmi dibuat mengenai Sokratis Papastathopoulos menyertai Arsenal, kini segalanya terjawab.

Sokratis Papastathopoulos dari Greece telah diumumkan secara rasmi oleh Arsenal sebagai pemain rasmi terbaru ditandatangani musim ini.

Walaupun nilai perpindahan tersebut tidak didedahkan, namun laporan sebelum ini mendedahkan bahawa perpindahan pertahanan Dortmund ini ke Arsenal dianggarkan bernilai £16-18 juta.

Manakala laporan media UK mengatakan Arsenal telah membayar £17.7 juta kepada Borussia Dortmund bagi mendapatkan Papastathopoulos.

Laman rasmi Arsenal juga tidak mendedahkan berapa lama kontrak pemain tersebut bersama kelab, namun dipercayai Papastathopoulos telah menandatangani kontrak selama dua hingga ke tiga tahun bersama Arsenal.

Pemain berusia 30 tahun itu tiba dari Borussia Dortmund, di mana beliau telah memenangi dua gelaran Bundesliga dan satu Piala Jerman. 

Sebelum menyertai Dortmund, pemain pertahanan tengah berpengalaman itu menyertai;

Tahun Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2005–2008 AEK Athens 58 1 -
2006 → Niki Volos (loan) 11 - -
2008–2010 Genoa 59 2 3
2010–2012 Milan 7 - -
2011–2012 → Werder Bremen (loan) 61 2 -
2012–2013 Werder Bremen
2013–2018 Borussia Dortmund 198 10 2
2018– Arsenal - - -

Sokratis akan memakai jersi bernombor 5 bersama Arsenal bagi mengharungi saingan musim depan.


Beliau juga mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa dengan membuat 79 penampilan untuk Greece.


Selamat datang Sokratis Papastathopoulos!

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post