Misteri nombor jersi Bernd Leno.

Pemain kedua yang ditandatangani Arsenal, Bernd Leno masih belum diberikan ataupun diumumkan nombor jersi yang bakal digunakan beliau musim depan.



Arsenal telah menandatangani Stephan Lichtsteiner secara percuma daripada Juventus dan pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini telah pun dilakukan pada 5 Jun lalu menerusi laman rasmi Arsenal.

Pertahanan berusia 34 tahun itu bakal menyarung jersi bernombor 12 musim depan bersama Arsenal dengan  menggunakan nama keluarga beliau, Lichtsteiner.

Jersi dan nombor, Lichtsteiner. Kredit foto : Arsenal
Dan pada 19 Jun lalu, Arsenal telah mengumumkan pemain kedua yang menyertai Arsenal secara sah iaitu penjaga gol Jerman, Bernd Leno.

Bernd Leno menjadi pemain kedua menyertai Arsenal pada 19 Jun 2018.
Laman rasmi Arsenal telah memaklumkan bahawa nombor yang akan digunakan Leno bagi saingan musim depan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bernd’s shirt number will be announced in due course.

Awal pagi tadi, 3 Julai 2018, Arsenal telah mengumumkan pemain ketiga yang dibawa masuk musim ini iaitu Sokratis Papastathopoulos.

Menurut laman rasmi ArsenalPapastathopoulos akan menggunakan jersi bernombor 5 bagi menghadapi saingan liga musim depan.


Dengan Leno masih belum diberikan sebarang nombor (jersi) sehingga kini dan satu perkara yang pasti ialah Leno tidak akan memulakan kempen liga musim depan menggunakan No.1 selepas The Gunners mendedahkan beberapa perubahan nombor skuad pada akhir bulan lalu.


Jersi No.1 kini menjadi milik Petr Cech selepas musim sebelumnya beliau memakai No.33 semenjak ketibaan beliau dari Chelsea pada tahun 2015.

Kenapa Leno masih belum diberikan nombor jersi yang akan digunakan pada musim 2018/19?

Penulis merasakan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan masa depan David Ospina bersama Arsenal.

Walaupun penjaga gol pilihan kedua di England secara tradisinya memakai jersi No.13, ia agak berbeza di tanah air Leno dengan penjaga kedua kebiasaanya memakai No.12.

Bagaimanapun, Lichtsteiner telah mengambil nombor tersebut (nombor 12).

Jika sebelum menyertai Arsenal, Leno menggunakan No.1 dan No.23 ketika bersama Bayer Leverkusen, pun begitu Leno juga tidak boleh mengambil nombor-nombor tersebut dengan masing-masing telah digunakan oleh Cech (nombor 1) dan Danny Welbeck (nombor 23).

Jadi secara kasarnya, penulis merasakan bahawa Leno bakal diberikan nombor jersi yang digunakan oleh Ospina setelah pemain tersebut dilepaskan nanti.

Apa pun nombor yang bakal digunakan Leno nanti, penulis berharap beliau mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal musim depan dan mampu memberikan aksi terbaik bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post