Babak baru Per Mertesacker bermula.

Per Mertesacker memulakan perjalanan baru dalam karier bolasepak beliau apabila mula mengendalikan akademi Arsenal semalam.



Beliau menamatkan kontrak selaku pemain Arsenal pada 30 Jun lalu dan semalam beliau telah memulakan babak baru dalam karier beliau apabila mula mengendalikan akademi Arsenal.

Dan semalam juga beliau mengadakan sesi bertemu dengan pemain muda akademi dan keluarga mereka.

Mertesacker kini akan memperturunkan segala ilmu yang dipelajarinya dan dimilikinya kepada pemain-pemain muda Arsenal untuk digunakan dengan sebaiknya oleh mereka.

Beliau turut memuatnaik status pada laman Twitternya dengan kapsyen:

"Hari ini saya bertemu dengan semua pemain Akademi Arsenal dan keluarga mereka. Kami mempunyai perkara besar yang dirancang untuk Akademi ini dan saya tidak sabar menunggu musim baru! #ArsenalAcademy #wearethearsenal."
Beliau merupakan antara pemain yang menerima penghormatan yang besar dari Arsenal, terutama oleh bekas pengurus kelab, Arsene Wenger.

"Per adalah watak luar biasa yang merupakan contoh hebat bagi pemain muda," kata Wenger ketika mengumumkan pelantikan Per pada Julai lalu.

"Beliau seorang yang memahami tentang permainan secara mendalam dan komited untuk membantu para pemain memenuhi potensi mereka."

"Beliau akan menjadi tokoh dan sumber inspirasi kepada semua yang terlibat dengan akademi."

Pemain pertahanan Jerman itu menyertai Gunners dari pasukan Bundesliga, Werder Bremen pada tahun 2011 dan telah menghabiskan beberapa musim terakhir sebagai salah seorang pemain yang berpengalaman di Stadium Emirates.

Sepanjang tempoh beliau bersama Arsenal, Mertesacker telah memenangi tiga Piala FA dan dua Piala Perisai Komuniti.

Semoga Mertesacker mampu mencungkil bakat-bakat muda dengan lebih ramai dan berkualiti dimasa hadapan.

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post