Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal hanya tinggal ujian perubatan.

Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal kini tinggal ujian perubatan. Kredit foto : 101 Great Goals

Arsenal dilaporkan bakal melengkapkan butiran akhir proses menandatangani pertahanan Borussia Dormund, Sokratis Papastathopoulos dengan peringkat seterusnya adalah menantikan keputusan ujian kesihatan.

Gossip perpindahan pemain ini menjadi hangat semenjak beberapa bulan kebelakangan ini dan akhir bulan lalu Bild, media sukan Jerman mendedahkan dimana pemain ini hampir pasti meninggalkan Borussia Dortmund dan akan menyertai Arsenal.

Sven Mislintat dikatakan menjadi individu bertanggungjawab (dibelakang tabir) dalam usaha mendapatkan pemain ini walaupun Arsenal ketika itu masih tidak mempunyai pengurus pasukan (pengganti kepada Arsene Wenger).

Pun begitu, urusan perpindahan ataupun usaha mendapatkan pemain ini tetap diteruskan oleh Mislintat, cuma perlantikan Unai Emery sebagai Ketua Jurulatih Arsenal menyebabkan urusan ini bagaikan terhenti seketika.

Namun penantian peminat dan penyokong Arsenal bakal menemui titik noktah apabila media Jerman, Kicker melaporkan Arsenal kini hanya menantikan butiran akhir untuk melengkapkan perpindahan pemain ini.

Berdasarkan laporan Kicker, proses menandatangani pemain tersebut kini 'hampir pasti' dan Papastathopoulos hanya perlu menyelesaikan ujian kesihatan sebelum sah menjadi pemain Arsenal.

Sokratis Papastathopoulos dijangkakan akan melengkapkan ujian kesihatan dalam minggu depan dengan turut dilaporkan bahawa beliau sudah pun bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian bersama Arsenal.

Yuran perpindahan ini dianggarkan sekitar €17 juta (£15 juta) dan Papastathopoulos akan menjadi pemain Arsenal sehingga tahun 2021 (kontrak sehingga Jun 2021).

Post a Comment

Previous Post Next Post