Silva bandingkan gandingan beliau bersama Vieira dengan Torreira dan Xhaka

Pemain tengah dari skuad 'Invincibles' Arsenal, Gilberto Silva membandingkan gandingan beliau bersama Patrick Vieira dengan Lucas Torreira dan Granit Xhaka.



Menjelang pertemuan Arsenal menentang Sporting CP dalam saingan Liga Europa pagi esok, media Portugal, Record telah menemubual salah seorang bekas pemain The Gunners semalam iaitu Gilberto Silva.


Pemain tengah Brazil itu telah membuat 241 penampilan untuk kelab Utara London bagi tempoh hampir enam tahun (di antara tahun 2002 hingga 2008).

Walaupun tidak lagi terikat lagi bersama Arsenal, namun Silva masih mengikuti perkembangan kelab sehinggakan beliau mampu menganalisis prestasi skuad termasuklah kedatangan Unai Emery dan pemain baru dalam skuad terkini (musim ini).

BACA : Kenali Gilberto Silva

Dalam temubual bersama Record, Silva telah mengulas mengenai gandingan tengah skuad kendalian Emery dan bagaimana beliau membandingkan gandingan Torreira dan Xhaka dengan gandingan beliau bersama Vieira dahulu.

Vieira bergandingan bersama Silva 
"Pasukan bermain baik," kata Silva kepada Record. 

"Semua perubahan memerlukan sedikit pengorbanan dari para pemain dan semua orang yang bekerja di kelab itu, kerana anda perlu memberi masa kepada pengurus untuk melaksanakan rancangannya. Tetapi untuk permulaan projek, hasilnya begitu positif. "

Temubual Silva bersama Record.
Ditanya mengenai gandingan beliau bersama Patrick Vieira dan perbezaan pemain tengah semasa, Silva berkata: "Profil pemain pada kedudukan (posisi) itu telah berubah sejak bertahun-tahun. Saya dan Patrick Vieira kuat dalam peranan bertahan dan kami memberi kestabilan kepada pasukan."

"Pada masa kini, banyak kelab tidak lagi menggunakan peranan tersebut dan banyak bergantung kepada dua pemain nombor 8, dan ada yang kehilangan perlindungan pada bahagian pertahanan. "


"Untuk satu ketika, Arsenal tidak mempunyai No.6, namun kini mereka mempunyai Torreira. Bermain bersama Xhaka, ataupun Torreira dengan Guendouzi, atau mereka bertiga, Arsenal mendapat keseimbangan dan perlindungan."

"Torreira tahu bagaimana untuk meletakkan dirinya (berada) dan bermain dengan mudah. ​​"


Selain komen mengenai gandingan Xhaka dan Torreira, Silva turut ditanya mengenai persamaan diantara pengendali Arsenal ketika ini, Emery dengan bekas pengendali yang pernah membimbing beliau, Arsene Wenger.

"Beliau mengekalkan intipati, permainan berkualiti dan teknikal. Ia merupakan tanda Arsenal, dengan gerakan serangan balas yang pantas, yang mematikan pihak lawan."

"Banyak perbincangan baru-baru ini dibuat mengenai pembinaan permainan yang bermula dengan penjaga gol dan berakhir dengan jaringan gol."

"Hantaran dan kelajuan yang baik dalam mencari gol adalah sesuatu yang telah dipamerkan oleh Arsenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

Secara kebetulan, bintang tersohor Sporting musim ini adalah pemain yang pernah dihadapi Gilberto Silva sebelum ini, Nani.

Silva mengakui sukar mengekang pergerakan Nani pada satu ketika dahulu.
Pemain Sporting itu pernah bermain untuk Manchester United pada tahun dimana Silva masih bersama Arsenal, dan ketika ditanya adakah beliau masih mengingati perkara tersebut, pemain Brazil itu mula berbicara mengenai perlawanan terbesar diantara mereka.

"Sudah tentu YA. Nani mempunyai kualiti teknikal yang tinggi, kelajuan dan sukar untuk mengawalnya. Ia masih seperti hari ini."

"Duel antara Arsenal dan Manchester United sangat baik dan penuh rasa hormat, namun permusuhan tidak pernah diabaikan."

"Terdapat beberapa perlawanan yang begitu kontroversi, dengan mood yang sangat panas, tetapi ia adalah sebahagian daripada persaingan. "

Post a Comment

Previous Post Next Post