Dari Brazil, Arsenal mungkin destinasi untuk pemain tengah Bahia pada jendela perpindahan Januari.

Wartawan Brazil, Paulo Vinícius Coelho (PVC) membawa cerita mengejutkan hari ini pada laman UOL yang mengatakan Arsenal tidak lama lagi akan menandatangani pemain tengah Bahia, Ramires.



Ia mendakwa bahawa The Gunners dan Atletico Madrid telah lama mengikuti perkembangan pemain berusia 18 tahun itu.

Pasukan London telah menyaksikan sepuluh permainannya, sementara Colchoneros hanya memantau dua perlawanan sahaja.

PVC mengatakan bahawa, walaupun Bahia ingin mengekalkan pemain tersebut untuk satu tahun lagi dan mengabaikan minat dari kelab Brazil, ia sangat berbeza dengan percubaan dari Eropah.

Beliau menulis bahawa ia 'mungkin' bahawa Ramires akan meninggalkan negara itu pada Januari dan destinasi 'yang paling mungkin' adalah Arsenal.

Ramires is also interested in teams from Brazil, but in this case, Bahia prefers to hold him for another season in Salvador. It is likely that your overseas exit will take place in the January window. The most likely target is Arsenal. - UOL Sport.

Beberapa minggu yang lalu seorang wakil Adidas telah pergi ke Salvador untuk berunding mengenai kontrak baru mereka dan salah seorang pegawai Bahai telah mengeluarkan kenyataan: 

"Ini bukan wakil syarikat peralatan sukan yang biasanya bercakap dengan atlet.'' 

Beliau mendengar sebagai respon bahawa wakil dari Eropah mahukan Ramires menandatangani  kontrak global bersama Adidas, pembekal Arsenal dari musim 2019/20.

Laporan itu tidak mengatakan dengan jelas bagaimana rundingan antara Arsenal dan Bahia dilakukan.
Paulo Vinicius Coelho
Namun Paulo Vinicius Coelho adalah salah seorang wartawan yang paling dipercayai, jika bukan yang terbaik, beliau adalah wartawan sukan berpengaruh di Brazil. Jadi, ia pasti bernilai untuk mengikuti perkembangan khabar angin ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post