Kenali Gilberto Silva

11 Disember 2015, Gilberto Silva telah mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak dan ketika itu beliau telah berusia 39 tahun.

Pengumuman persaraan itu dibuat setelah beliau tidak lagi mewakili mana-mana kelab semenjak meninggalkan kelab Atletico Mineiro yang diwakilinya pada tahun 2013 (kelab terakhir beliau).

Biodata Ringkas.
Nama: Gilberto Aparecido da Silva.
Tarikh Lahir : 7 Oct 1976.
Tempat Lahir : Lagoa da Prata, Brazil.
Umur : 40 tahun.
Posisi utama : Defensive Midfield.
Posisi lain : Centre Back dan Central Midfield.



Sejarah ringkas:
Bagi peminat Arsenal, Gilberto Silva cukup sinonim dengan gelaran The Invisible Wall dan beliau mula bermain bola sepak ketika berusia 12 tahun.

Pemain pertahanan dan juga pemain tengah daripada Brazil ini menyertai Arsenal pada Ogos 2002 dan mewakili Arsenal dari tahun 2002 sehingga ke tahun 2008 manakala kelab terakhir yang diwakili oleh beliau adalah Atletico Mineiro pada tahun 2013.

Beliau juga mewakili pasukan Brazil hampir sedekad bermula tahun dari 2001 sehingga tahun 2010.

Gilberto yang dibesarkan dalam keluarga yang miskin bersama adik-beradiknya yang lain terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menampung kehidupan keluarga beliau disamping mengejar impian nya untuk bermain dan menjadi seorang pemain bola sepak.

Beliau memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1997 bersama kelab América Mineiro dan kemudian menyertai kelab Atlético Mineiro pada tahun 2000 selepas berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama América Mineiro.

Bersama Atlético Mineiro, beliau menjadi terkenal dengan aksi yang mantap sehinggakan mampu menjadi penting (pemain bintang) kelab itu.

Piala Dunia.
Bakat beliau akhirnya dikesan oleh Luiz Felipe Scolari yang memanggil beliau menyertai skuad Brazil bagi menghadapi kelayakkan Piala Dunia 2002. Kecederaan yang dialami oleh kapten Brazil ketika itu (Emerson) bagaikan rahmat buat Gilberto yang mana menyaksikan beliau bermain untuk kesemua perlawanan Brazil (7 perlawanan) dan seterusnya menjulang Piala Dunia 2002.



Arsenal.
Beliau menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £ 4.5 juta pada 7 Ogos 2002.

"It would be fantastic to play against the likes of David Beckham again." - Gilberto Silva.

Walaupun beliau mengalami sedikit kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran Kota London namun itu tidak menghalang beliau daripada cepat menyesuaikan diri di dalam padang bersama skuad.

Wenger begitu kagum dengan persembahan beliau pada kejohanan Piala Dunia 2002 di Jepun, menyifatkan beliau adalah seorang pemain yang memilikki bakat semula jadi dan seorang pemain bertaraf dunia.

Penampilan pertama beliau bersama Arsenal adalah pada 11 Ogos 2002 ketika membantu Arsenal menjuarai Community Shield dengan menewaskan Liverpool 1-0. Lebih manis, gol kemenangan Arsenal itu dijaringkan beliau pada separuh masa kedua perlawanan.

Barisan pemain kedua-dua pasukan ketika itu. 

Arsenal (4-4-2): Seaman; Lauren, Keown, Campbell, Cole; Parlour, Vieira, Edu (Silva, h-t), Wiltord; Bergkamp (Touré, 85), Henry.

Liverpool (4-3-1-2)Dudek; Xavier (Babbel, 77), Henchoz, Hyypia, Traoré (Cheyrou, 87); Gerrard, Hamann (Murphy, 66), Riise; Diouf; Owen (Smicer, 85), Heskey (Baros, 73).

Musim gemilang bersama Arsenal.
Memenangi Liga Perdana Inggeris 2003-04 dengan gelaran 'Invincible' kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 49 perlawanan adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan oleh mana-mana pemain termasuk beliau sendiri.

Winning the Premier League without losing a game was incredible! And managing to extend the unbeaten streak to 49 games was amazing too

Invisible Wall
Aksi persembahan beliau yang cukup cemerlang dalam membantu barisan pertahanan akhirnya berjaya memikat hati peminat dan penyokong sehinggakan beliau akhirnya diberikan gelaran  'Invisible Wall' kerana fungsi beliau yang berada didepan 'back four' dan bagaikan benteng pertahanan yang tidak dapat dikesan oleh pihak lawan.


Info-info lain.
  • Beliau dilantik sebagai naib kapten Arsenal pada tahun 2006. 
  • Beliau juga merupakan menjaringkan gol terpantas Arsenal dengan rekod 20 saat ketika perlawanan menentang PSV (2002-03 UEFA Champions League). 
  • Pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebagai ketua pasukan Brazil untuk kejohanan Copa América (Brazil muncul juara). 
  • Pada tahun 2012, Gilberto kembali ke Atlético Mineiro, di mana beliau memenangi Copa Libertadores.
Karier.
  • 1997 - 2000 : América Mineiro
  • 2000 - 2002 : Atlético Mineiro
  • 2002 - 2008 : Arsenal
  • 2008 - 2011 : Panathinaikos
  • 2011 - 2012 : Gremio
  • 2012 - 2013 : Atlético Mineiro
Rekod bersama kelab:

KelabPenampilanGolAssist
Arsenal241
24
10
Panathinaikos 
119
6
8
Grêmio 
51
1
1
Atlético Mineiro
16
0
0
Jumlah:
427
31
19

Pencapaian bersama kelab:
KelabPencapaian
Arsenal
Juara Liga : 1, FA Cup : 2, Charity Shields : 1
PanathinaikosJuara Liga : 1, Greek Cup : 1
Grêmio 
0
Atlético Mineiro
Copa Libertadores : 1

Rekod bersama Pasukan Brazil:
KejohananPenampilanGolAssist
Kelayakan Piala Dunia22
0
0
Piala Dunia
16
0
1
Persahabatan Antarabangsa
20
1
1
Copa America
5
0
1
Confederations Cup600

Pencapaian bersama Pasukan Brazil:
TahunPencapaian (Juara)
2002
World Cup
2005Confederations Cup
2007
Copa America
2009
Confederations Cup

Video ringkas aksi Gilberto.

Petikan kata-kata ketika mengumumkan persaraan.

"Sehingga ke hari ini, maka berakhirlah kerjaya saya sebagai seorang atlet. Ianya adalah satu keputusan yang sukar".

"Seluruh dunia, kita tidak meminta untuk dilahirkan dan apabila kita dilahirkan, kita tidak mahu mati. Saya pernah mendengar ada frasa yang mengatakan bahawa seorang pemain bolasepak itu mati dua kali. Saya tidak bersetuju. Saya rasa pemain bolasepak hanya mati sekali, dan membuat peralihan dari padang ke tahap baru (cabaran baru). Bagi saya, ia adalah masa peralihan, bukan kematian pertama".

"Tidak kira bagaimana menyakitkan, adakalanya boleh dilihat sebagai amat menyedihkan dan adakalanya ianya adalah masa yang sukar - tetapi saya melihatnya dengan penuh kegembiraan dan saya telah menikmatinya kegembiraan ini buat 20 tahun untuk diri saya dan keluarga saya".

Dimana beliau sekarang?
Gilberto Silva kini bersama kelab Panathinaikos selaku Pengarah Teknikal.



Rujukan:
  1. FUTEBOL
  2. ESPNFC
  3. Arsenal
  4. The False Nine
  5. Squawka

Post a Comment

Previous Post Next Post