David Ospina sempurna dan menarik bersama Napoli.

Penjaga gol kebangsaan Colombia cetus persoalan menarik bersama kelab Napoli setelah sertai secara pinjaman.



Perkembangan menarik sedang berlaku di Naples dan klausa dalam perjanjian pinjaman David Ospina yang menghantarnya ke selatan Itali dari Arsenal harus diaktifkan sebelum musim depan.

Penjaga gol Arsenal itu gagal mendapat tempat bersama The Gunners dan memaksa beliau mencari jalan penyelesaian untuk terus beraksi secara konsisten.

Ketibaan Bernd Leno, menyukarkan lagi peluang beliau sehinggakan terpaksa membuat perminataan untuk dilepaskan secara pinjaman.

Pada 15 Ogos 2018, pasukan Serie A, Napoli bersetuju dengan perjanjian pinjaman satu tahun (semusim) dengan pilihan untuk membelinya diakhir tempoh pinjaman tersebut.

Napoli terdesak mencari penjaga gol setelah penjaga gol baharu mereka, Alex Meret mengalami kecederaan ketika pra musim.

Dan kemasukan Ospina ke kelab tersebut nyata tidak sia-sia apabila beliau kini mula mendapat tempat di bumi Itali dan menarik perhatian pihak pengurusan kelab dengan prestasi yang memberangsangkan dipamerkan beliau setakat ini.

Dengan 10 penampilan secara keseluruhan, Ospina telah melepaskan 13 gol setakat ini dimana 10 gol telah dibolosi dalam saingan Serie A dan tiga gol lagi dalam saingan Eropah, Liga Juara-Juara (UCL).

Rekod Penampilan Bersama Napoli Dalam Liga Juara-Juara (UCL)
Liga Juara-Juara Tarikh Tempat Lawan Keputusan Minit Beraksi
Group C 9/18/18 A Red Star Belgrade 0:0 90'
Group C 10/3/18 H Liverpool FC 1:0 90'
Group C 10/24/18 A Paris Saint-Germain 2:2 90'
Group C 11/6/18 H Paris Saint-Germain 1:1 90'

Rekod Penampilan Bersama Napoli Dalam Serie A

Bil. Tarikh Tempat Lawan Keputusan Minit Beraksi
1 8/18/18 A Lazio 1:2 on the bench
2 8/25/18 H AC Milan 3:2 90'
3 9/2/18 A Sampdoria 3:0 90'
4 9/15/18 H Fiorentina 1:0 on the bench
5 9/23/18 A Torino 1:3 90'
6 9/26/18 H Parma 3:0 on the bench
7 9/29/18 A Juventus 3:1 90'
8 10/7/18 H Sassuolo 2:0 90'
9 10/20/18 A Udinese Calcio 0:3 on the bench
10 10/28/18 H AS Roma 1:1 90'
11 11/2/18 H FC Empoli 5:1 on the bench

Perkembangan tersebut menyaksikan media tempatan (Itali) seperti  Il Mattino, dalam laporan ringkas mereka menyatakan situasi Ospina bersama Napoli sebagai sangat 'sempurna' untuk kelab tersebut.

Lebih-lebih lagi dengan prestasi beliau yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan.

Begitu juga dengan Gazzetta dello Sport yang turut bersetuju dengan pendapat tersebut dengan menyifatkan penjaga pinjaman Arsenal itu begitu fokus dan cemerlang dalam beberapa aksi perlawanan kebelakangan ini, terutamanya pada aksi meyelamatan gawang beliau daripada dibolosi Kylian Mbappe.

Sementara Corriere dello Sport, mereka melaporkan dimana Ospina berjaya membantu Napoli membawa pulang satu mata berharga ketika bertemu PSG baru-baru ini dalam saingan UCL yang berkesudah seri 1-1.

Walaupun Napoli telah menghabiskan hampir £20 juta pada musim panas untuk mendapatkan Alex Meret, namun dengan kecederaan tangan yang dihadapi penjaga gol itu, ianya memaksa Carlo Ancelotti untuk terus menggunakan pemain pinjaman Arsenal dan tidak mungkin akan menggantikannya dalam waktu dekat.

Nampaknya, Ospina telah menemui 'rumah baru' dan berjaya memenuhi impian beliau untuk menjadi pemain utama pasukan.
Semoga terus berjaya Ospinaaaaa!

Post a Comment

Previous Post Next Post