APABILA Arsene Wenger dan Arsenal mencapai kata putus dan masa terbaik untuk berpisah, perasaan yang sama pernah dirasai oleh peminat dan penyokong Manchester United ketika Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraanya, ketakutan yang tidak diketahui.
Penyokong Arsenal telah melihat bagaimana pasukan United diketawakan dan menjadi bahan kutukan.
Mereka melihat United pada zaman David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho diketawakan dan menjadi bahan jenaka di Old Trafford.
Namun kini mereka menghadapi situasi yang sama, pertama mereka tidak tahu jika pengurus baharu mampu mengembalikan kegemilangan Arsenal, yang mana ketika peralihan itu dibuat, The Gunners berada dalam situasi yang tidak berapa 'baik'.
Berbeza dengan rakan sejawatannya dari Manchester sebelum ini (Ferguson), pemergian Wenger sedikit 'menyedihkan' bukan sahaja kepada peminat, mungkin juga kepada dirinya sendiri dimana beliau pada musim-musim terakhirnya gagal membawa trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada kelab.
Malah Arsenal ketika itu dilihat kurang berdaya saing dengan lebih kepada keupayaan untuk menempatkan diri dikalangan ENAM teratas liga.
Sesuatu yang positif adalah Arsenal pada era Wenger sentiasa membuat keuntungan dan berjaya memberikan keuntungan kepada pemilik kelab.
Keputusan untuk melantik Unai Emery sebagai pengganti kepada Wenger disambut dengan perasaan bercampur oleh peminat dan penyokong Arsenal.
Rekod Emery bersama Paris Saint-Germain (PSG) bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan mahupun menyakinkan.
Dua musim bersama gergasi Perancis itu, Emery dengan memiliki pasukan yang dibarisi hampir keseluruhan dengan pemain elit, PSG masih mampu 'dibelasah' Leonardo Jardim untuk membawa Monaco muncul juara Ligue 1.
Dan itu juga antara penyebab Emery 'dibuang' PSG walaupun laporan mengatakan Emery tidak mahu menyambung kontrak beliau (memiliki pilihan untuk menyambung satu musim berikutnya).
Bagaimanapun Emery pada musim pertama bersama Arsenal, berjaya membawa The Gunners ke perlawanan akhir Liga Europa, namun pencapaian itu tidak bermakna kerana masih gagal membawa Arsenal ke kejohanan elit musim berikutnya.
Kegagalan muncul juara Liga Europa dan menamatkan saingan EPL ditangga kelima membuatkan Arsenal terlepas ke saingan Liga Juara-Juara musim ini, serta menamatkan saingan liga di bawah Tottenham juga sesuatu yang meresahkan peminat dan penyokong Arsenal.
Persembahan Emery itu bukanlah satu usaha yang buruk, tetapi adakah ianya memberi peningkatan sebenar kepada Arsenal jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Wenger sebelum itu?
Masalah yang sama tetap berlaku dengan pertahanan masih rapuh dan mudah dibocori.
Arsenal bolos melebihi dua kali ganda daripada dua pasukan teratas liga pada musim pertama Emery mengendalikan The Gunners.
Arsenal bolos melebihi dua kali ganda daripada dua pasukan teratas liga pada musim pertama Emery mengendalikan The Gunners.
Kedudukan akhir EPL musim 2018/19
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Manchester City (C) | 38 | 32 | 2 | 4 | 95 | 23 | +72 | 98 |
2 | Liverpool | 38 | 30 | 7 | 1 | 89 | 22 | +67 | 97 |
3 | Chelsea | 38 | 21 | 9 | 8 | 63 | 39 | +24 | 72 |
4 | Tottenham Hotspur | 38 | 23 | 2 | 13 | 67 | 39 | +28 | 71 |
5 | Arsenal | 38 | 21 | 7 | 10 | 73 | 51 | +22 | 70 |
6 | Manchester United | 38 | 19 | 9 | 10 | 65 | 54 | +11 | 66 |
7 | Wolverhampton Wanderers | 38 | 16 | 9 | 13 | 47 | 46 | +1 | 57 |
Malah, pasukan Wolverhampton yang berada ditangga ke-7 liga, dilihat lebih baik dari segi rekod bolos berbanding Arsenal.
Dan Arsenal pada musim tersebut, kerap kehilangan mata apabila berdepan pasukan yang dianggap dan dijangka tidak akan memberi masalah seperti Southampton, Crystal Palace (dua kali) dan Brighton (dua kali) menunjukkan masih banyak kerja yang perlu dilakukan Emery terhadap The Gunners.

Rekod pertemuan Arsenal musim lalu (2018/19)
Perlawanan Liga ke | Venue | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|
10 | A | Crystal Palace | 2:2 |
17 | A | Southampton | 2:3 |
19 | A | Brighton & Hove Albion | 1:1 |
27 | H | Southampton | 2:0 |
35 | H | Crystal Palace | 2:3 |
37 | H | Brighton & Hove Albion | 1:1 |
Pihak pengurusan Arsenal telah berusaha untuk memberikan Emery apa yang diperlukan pengendali tersebut untuk membawa kelab ke tahap lain dengan mencurahkan wang besar pada Nicolas Pepe dan Kieran Tierney serta menambah pemain berpengalaman pada bahagian pertahanan dengan membawa masuk David Luiz, pemain yang pernah bekerjasama bersamanya satu ketika di PSG.
Pun begitu, masih terdapat perasaan ragu-ragu mengenai jawatan bekas pengendali Sevilla bersama Arsenal dan jaminan masa depan Emery tidak seperti yang diterima pengendali Liverpool dan Manchester City, Jurgen Klopp dan Pep Guardiola.
Mereka berdua (Jurgen Klopp dan Pep Guardiola) mendapat jaminan mengenai masa depan mereka di kelab dengan masa dan dana yang mencukupi serta melebihi dalam membangunkan pasukan.
Emery hanya dua tahun (pilihan setahun penyambungan) dengan sasaran utama membawa Arsenal ke Liga Juara-Juara, namun musim ini juga kelihatan sukar.
Apabila Patrick Vieira ditemubual tentang sama ada dia bermimpi menguruskan Arsenal suatu hari nanti dan jawapannya adalah 'Sudah tentu', tidak ada satu respon pun daripada peminat dan penyokong Arsenal yang mahukan ataupun mem'backup' pengendali The Gunners ketika ini untuk terus menerajui kelab pada masa depan.
Idea mengenai legenda kelab yang kembali ke bekas kelab mereka dan melakukan sesuatu dalam membantu kelab menjadi semakin popular dalam bolasepak moden, bermula (sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun terakhir) dengan kejayaan Pep Guardiola di Barcelona.
Kemudian, Zinedine Zidane melakukan tugas yang sangat baik di Real Madrid (sekurang-kurangnya pada kali pertama), sementara Diego Simeone masih berada di Atletico Madrid dan sebenarnya perkembangan ini merupakan sebahagian daripada ciri-ciri yang menghiasi dunia bolasepak ketika ini.
Walaupun ianya telah berjaya untuk ketiga-tiga kelab di Sepanyol, namun di tempat lain, mungkin cerita yang berbeza.
Ambil Thierry Henry di Monaco, sebagai contoh, sebagai bekas pembantu pengurus Belgium tiba di kelab utama dengan tujuan untuk merevolusikan segala-galanya dan mengubah kepincangan Leonardo Jardim.
Beliau tidak bertahan untuk 100 hari pun akhirnya.
Gennaro Gattuso di Milan boleh dianggap lebih baik, dia hampir membawa kelab tercintanya kembali ke Liga Juara-Juara, namun masalah dibelakang tabir membawa pengundurannya setelah hanya setahun bersama.
Ole Gunnar Solskjaer sedang bergelut untuk membuktikan kewibawaanya selepas pelantikan jangka panjangnya sementara Niko Kovac melakukan lebih baik, tetapi masih gagal meyakinkan semua pihak di Bayern Munich.
Dan Chelsea ketika ini bawah kendalian bekas pemain mereka, Frank Lampard dan ianya boleh boleh dibanggakan oleh peminat dan penyokong mereka dengan prestasi terkini pasukan itu.
Itu adalah beberapa contoh dan terdapat banyak lagi, namun ada sesuatu menarik tentang Patrick Vieira untuk Arsenal yang boleh dipertimbangkan dan masuk akal.
Salah satu ciri-ciri pertama yang ditunjukkan oleh Nice ketika bekas kapten Arsenal itu tiba, adalah kestabilan pertahanan yang tidak dilihat oleh kelab untuk seketika.
Sebagai contoh, lihat pada kempen 2018/19, Nice menamatkan musim itu dengan rekod pertahanan kedua yang terbaik, melepaskan sama banyak gol sebagaimana dilepaskan Paris Saint-Germain (35 dalam 38 perlawanan).
Dengan pertahanan kelihatan mantap, statistik pertahanan Nice amat mengagumkan apabila mengambil kira hakikatnya bahawa mereka kalah 4-0 sebanyak dua kali dan 3-0 tiga kali, bermakna 17 daripada 35 gol mereka itu telah dilepaskan dalam lima perlawanan.
Itu meninggalkan 18 gol dibolosi dalam baki 33 perlawanan.
Bolasepak adalah sukan yang tidak dapat dijangka, kadang-kadang terjadi perkara yang diluar jangkaan, tetapi statistik di atas adalah sesuatu dimana peminat Arsenal hanya dapat bermimpi mengenainya ketika ini (musim lalu Arsenal bolos 51 kali).
Namun disebalik perkara yang terjadi diluar jangkaan, Nice menamatkan saingan musim lalu ditangga ke-7 liga dan sering bergantung kepada kemenangan 1-0 untuk mengambil tiga mata.
30 gol mereka adalah rekod terburuk ketiga dalam liga, hanya mengatasi kedua-dua pasukan tersingkir secara automatik dari Ligue 1 iaitu Caen (29 gol) dan Guingamp (28 gol).
Namun itu bukan kesalahan Vieira, kerana pilihan barisan hadapannya tidak begitu baik apabila memikirkan penyerang berbisa mereka adalah Mario Balotelli, yang tidak mempunyai keinginan untuk kekal (dia akhirnya menyertai Marseille pada Januari), sementara pemain muda yang ditandatangani, Myziane Maolida menghabiskan separuh kedua musim dengan kecederaan.
Mickael Le Bihan pula hanya dipanggil lewat menyertai mereka, yang meninggalkan Vieira dengan tidak banyak pilihan dengan hanya bergantung kepada pemain remaja dan ketika itu beliau mempromosikan Ignatius Ganago, yang akhirnya menjaringkan dua gol dalam 20 penampilan.
Vieira juga kadang-kala memainkan Allan Saint-Maximin pada bahagian tengah, tetapi jelas pemain sayap itu tidak berada pada posisi selesa disitu.
Di Arsenal, kita semua tahu masalah ini tidak berlaku (serangan) dengan The Gunners memiliki Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan bakat muda yang baharu dibawa masuk Gabrielle Martinelli, serta tentu saja, Nicolas Pepe, semuanya mampu merobek gawang lawan dengan mudah.
Pun begitu, Vieira berjaya membantu Nice untuk mengumpul 56 mata dengan menjaringkan 30 gol, dan beliau tidak melakukannya mudah, Vieira membawa Nice dengan purata 54% kepemilikan sepanjang 38 perlawanan.
Beliau juga gemar dalam pembentukan formasi 4-3-3 dan mampu mengubah formasi kegemaran beliau itu bergantung kepada situasi apabila diperlukan, sering bertukar kepada tiga di belakang ketika berdepan dengan masalah kecederaan atau dalam perlawanan yang lebih sukar, seperti melawan Lyon pada awal tahun lalu, ketika mereka berjaya mencatatkan kemenangan 1-0.
Apa yang lebih mengagumkan ialah beliau melakukan semua ini dengan skuad termuda ketiga dalam Ligue 1 (purata umur - 24.1 tahun).
Patrick Vieira, seorang kapten yang hebat ketika bersama Arsenal dan lagenda The Gunners ini sememangnya seorang pengurus yang hebat ketika melakukan tugasnya ketika ini.
Musim ini, dalam kempen 2019/20, Vieira sekadar mencatatkan empat kemenangan daripada sepuluh perlawanan pertama liga.
Mengumpul 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan lima kekalahan, perbezaan sebanyak 11 mata dengan pendahulu liga, PSG.
Pun begitu, harus diingat Nice ketika ini tidak mempunyai pemain bertaraf bintang dan banyak menggunakan pemain-pemain muda.

Kedudukan akhir Ligue 1 musim 2018/19
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Paris Saint-Germain (C) | 38 | 29 | 4 | 5 | 105 | 35 | +70 | 91 |
2 | Lille | 38 | 22 | 9 | 7 | 68 | 33 | +35 | 75 |
3 | Lyon | 38 | 21 | 9 | 8 | 70 | 47 | +23 | 72 |
4 | Saint-Étienne | 38 | 19 | 9 | 10 | 59 | 41 | +18 | 66 |
5 | Marseille | 38 | 18 | 7 | 13 | 60 | 52 | +8 | 61 |
6 | Montpellier | 38 | 15 | 14 | 9 | 53 | 42 | +11 | 59 |
7 | Nice | 38 | 15 | 11 | 12 | 30 | 35 | −5 | 56 |
Dengan pertahanan kelihatan mantap, statistik pertahanan Nice amat mengagumkan apabila mengambil kira hakikatnya bahawa mereka kalah 4-0 sebanyak dua kali dan 3-0 tiga kali, bermakna 17 daripada 35 gol mereka itu telah dilepaskan dalam lima perlawanan.
Itu meninggalkan 18 gol dibolosi dalam baki 33 perlawanan.
Bolasepak adalah sukan yang tidak dapat dijangka, kadang-kadang terjadi perkara yang diluar jangkaan, tetapi statistik di atas adalah sesuatu dimana peminat Arsenal hanya dapat bermimpi mengenainya ketika ini (musim lalu Arsenal bolos 51 kali).
Namun disebalik perkara yang terjadi diluar jangkaan, Nice menamatkan saingan musim lalu ditangga ke-7 liga dan sering bergantung kepada kemenangan 1-0 untuk mengambil tiga mata.
30 gol mereka adalah rekod terburuk ketiga dalam liga, hanya mengatasi kedua-dua pasukan tersingkir secara automatik dari Ligue 1 iaitu Caen (29 gol) dan Guingamp (28 gol).
Namun itu bukan kesalahan Vieira, kerana pilihan barisan hadapannya tidak begitu baik apabila memikirkan penyerang berbisa mereka adalah Mario Balotelli, yang tidak mempunyai keinginan untuk kekal (dia akhirnya menyertai Marseille pada Januari), sementara pemain muda yang ditandatangani, Myziane Maolida menghabiskan separuh kedua musim dengan kecederaan.
Mickael Le Bihan pula hanya dipanggil lewat menyertai mereka, yang meninggalkan Vieira dengan tidak banyak pilihan dengan hanya bergantung kepada pemain remaja dan ketika itu beliau mempromosikan Ignatius Ganago, yang akhirnya menjaringkan dua gol dalam 20 penampilan.
Vieira juga kadang-kala memainkan Allan Saint-Maximin pada bahagian tengah, tetapi jelas pemain sayap itu tidak berada pada posisi selesa disitu.
Di Arsenal, kita semua tahu masalah ini tidak berlaku (serangan) dengan The Gunners memiliki Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan bakat muda yang baharu dibawa masuk Gabrielle Martinelli, serta tentu saja, Nicolas Pepe, semuanya mampu merobek gawang lawan dengan mudah.
Pun begitu, Vieira berjaya membantu Nice untuk mengumpul 56 mata dengan menjaringkan 30 gol, dan beliau tidak melakukannya mudah, Vieira membawa Nice dengan purata 54% kepemilikan sepanjang 38 perlawanan.
Beliau juga gemar dalam pembentukan formasi 4-3-3 dan mampu mengubah formasi kegemaran beliau itu bergantung kepada situasi apabila diperlukan, sering bertukar kepada tiga di belakang ketika berdepan dengan masalah kecederaan atau dalam perlawanan yang lebih sukar, seperti melawan Lyon pada awal tahun lalu, ketika mereka berjaya mencatatkan kemenangan 1-0.
Apa yang lebih mengagumkan ialah beliau melakukan semua ini dengan skuad termuda ketiga dalam Ligue 1 (purata umur - 24.1 tahun).
Patrick Vieira, seorang kapten yang hebat ketika bersama Arsenal dan lagenda The Gunners ini sememangnya seorang pengurus yang hebat ketika melakukan tugasnya ketika ini.
Musim ini, dalam kempen 2019/20, Vieira sekadar mencatatkan empat kemenangan daripada sepuluh perlawanan pertama liga.
Mengumpul 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan lima kekalahan, perbezaan sebanyak 11 mata dengan pendahulu liga, PSG.
Pun begitu, harus diingat Nice ketika ini tidak mempunyai pemain bertaraf bintang dan banyak menggunakan pemain-pemain muda.
Kedudukan Liga Perancis ketika ini.
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
10 | Brest | 10 | 3 | 5 | 2 | 11 | 13 | −2 | 14 |
11 | Saint-Étienne | 10 | 4 | 2 | 4 | 9 | 13 | −4 | 14 |
12 | Nice | 10 | 4 | 1 | 5 | 13 | 17 | −4 | 13 |
13 | Rennes | 10 | 3 | 3 | 4 | 10 | 10 | 0 | 12 |
14 | Amiens | 10 | 3 | 3 | 4 | 13 | 15 | −2 | 12 |
Vieira pada musim ini membawa masuk seorang penyerang muda Ajax, Kasper Dolberg (22 tahun) pada nilai sekitar 20.5 juta euro dan telah beraksi enam perlawanan dalam Ligue 1, menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol dihasilkan.
Dan pemain tersebut merupakan pemain termahal yang dibeli Vieira musim ini, setakat ini.
Position | Purata umur | Nilai pasaran (dalam euro) |
Nilai pasaran (dalam pounds) |
purata nilai pasaran |
---|---|---|---|---|
Keeper | 24.33 | 12 juta | 10.37 juta | €4 juta |
Pertahanan | 23.50 | 70.15 juta | 60.60 juta | €7.02 |
Tengah | 22.75 | 50.40 juta | 43.54 juta | €6.30 |
Menyerang | 21.17 | 49.50 juta | 42.76 juta | €8.25 |
Vieira, seorang pengurus yang fleksibel, namun stabil dan gemar menggunakan pemain-pemain muda.
Menjadi pujaan oleh pemain barunya dan telah belajar dari individu terhebat dalam dunia bolasepak seperti Arsene Wenger dan Pep Guardiola (ketika bersama Kumpulan City) mengenai dan bagaimana untuk menguruskan segala aspek kerjanya.
Mungkin ia terlalu awal untuk Vieira membuat penampilan dalam Liga Perdana selaku pengurus pasukan, kerana beliau baru sahaja memasuki musim kedua di salah satu daripada lima liga terhebat Eropah.
Namun itu juga tidak menghalang Chelsea atau Manchester United daripada melantik pengurus mereka sekarang.
Apabila tiba masanya untuk menggantikan Unai Emery dan sekiranya perkara itu tidak dapat dielakkan lagi pada satu masa, Arsenal boleh dikatakan 'agak kurang bijak' untuk tidak mempertimbangkan bekas pemain tengah mereka sebagai salah satu calon utama.