Ozil atau Emery yang akan kekal lebih lama di Arsenal?


"Semoga ianya Ozil!" - Wright mahu bekas pemain kebangsaan Jerman itu bertahan lebih lama daripada Emery di Arsenal



Legenda Arsenal, Ian Wright berharap dapat melihat Mesut Ozil mengatasi Unai Emery di Stadium Emirates, dengan persoalan timbul dibenaknya mengenai keputusan jurulatih kelahiran Sepanyol itu untuk mengabaikan pemenang Piala Dunia.

Pemain perancang Jerman itu hanya membuat penampilan terhad dengan dua penampilan sahaja setakat ini musim ini, dengan Emery meminta lebih banyak daripada Ozil.

Walau bagaimanapun, ramai yang meminta bintang berusia 31 tahun itu untuk diberikan peluang kembali beraksi.

Wright adalah antara mereka yang bingung dan tertanya-tanya dengan pembekuan pemain paling berbakat di kelab itu,  lebih-lebih lagi Arsenal ketika ini dilihat ketandusan idea pada bahagian tengah.

Beliau mengakui berharap untuk melihat perubahan yang boleh membawa kepada penyelesaian, diantara Ozil dan Emery yang mana pemain itu telah menyatakan bahawa dia berhasrat untuk kekal di utara London.
Ditanya dalam rancangan The Kelly and Wrighty Show mengenai siapakah yang beliau mahu melihat menghabiskan lebih lama bersama Arsenal, bekas pemain penyerang itu berkata: "Baiklah, semoga Ozil.

"Dia sudah berkata dia tidak mahu pergi. Bagi saya, semoga ini Ozil. "

"Saya sangat kecewa melihat [Ozil tidak berada di skuad] kerana saya tidak fikir Arsenal, apabila melihat statistik kreatif Arsenal, mereka tidak berada di sana." jelas Wright lagi.

"Mereka sebenarnya tidak mencipta banyak [peluang] dan mereka kekurangan dalam percubaan ke sasaran.

"Jadi itu mengatakan kepada saya, anda memerlukan seseorang yang kreatif bermain di sana.

"Mesut Ozil adalah lelaki itu, saya tidak tahu apa yang berlaku dengan dia dan Unai Emery, tetapi bagi saya, saya rasa ini mungkin menjadi masalah kepada Unai pada akhirnya jika Arsenal terus melakukan apa yang mereka lakukan.

"Mereka sedang menunggu [Pierre-Emerick] Aubameyang atau [Nicolas] Pepe, seperti hari lain, untuk menyelamatkan mereka. Hakikatnya dia harus bermain. "

Pepe menjaringkan dua gol dan merupakan jaringan kemenangan untuk Arsenal dalam kemenangan 3-2 Liga Europa ke atas Vitoria Guimaraes pada hari awal pagi Jumaat.

Penyertaan pemain dengan rekod termahal kelab bernilai £72 juta, masih mencari rentak sejak tiba di England dalam aksi Liga Inggeris.

Dan dengan jaringan yang telah dilakukan itu, harapan kini semoga beliau telah menemukan rentak yang dicari selama ini.

Ozil, sekali lagi ditinggalkan daripada skuad perlawanan dan masih terdapat harapan untuk melihat beliau bermain dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace, jam 12.30 malam ini.

Anda boleh mendengar penjelas Wright pada video dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post