Pengarah dalam perbincangan perpindahan berterusan untuk menandatangani pemain Arsenal.

MENURUT akhbar Turki Fotomac, Fenerbahce masih berusaha untuk mendapatkan kesepakatan mengenai Mesut Ozil.


Walaupun pemain perancang berusia 31 tahun itu baru-baru ini menyatakan bahawa beliau mahu kekal bersama pasukan Liga Perdana, Arsenal namun ianya tidak menghalang kelab Turki itu untuk terus berusaha mendapatkannya.


Ia mendakwa pengarah sukan Fenerbahce, Damien Comolli sedang berbincang dengan Arsenal untuk menandatangani Ozil secara perjanjian pinjaman pada bulan Januari nanti dan mereka juga berharap dapat mencapai kesepakatan bersama The Gunners dari segi kewangan, mengenai bayaran gaji.

Laporan Fotomac, 24 Oktober.
Fotomac mengatakan jika Fenerbahce berjaya meyakinkan Arsenal untuk menerima syarat mereka, maka bekas pemain antarabangsa Jerman itu akan menyertai Yellow Canaries pada jendela perpindahan musim sejuk (jendela kedua - Januari).

Fenerbahce berharap untuk meminjamkannya selama enam bulan, walaupun tuntutan terdahulu di Turki mengatakan mereka mahukan perjanjian selama 18 bulan.

Ozil hanya bermain 71 minit untuk saingan Liga Perdana musim ini dan nampaknya Unai Emery tidak berminat menggunakannya kerana Ozil tidak pernah menjadi sebahagian daripada skuad Arsenal untuk empat perlawanan terakhir.

Kontrak Assist King bersama The Gunners akan berakhir pada akhir bulan Jun 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post