Individu-individu yang berperanan menentukan nasib Wenger di Arsenal.


Individu-individu penting dibelakang pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang telah bersama kelab itu untuk tempoh 20 tahun.


Walaupun dikatakan kontrak lanjutan telah sedia menanti Wenger, namun persembahan buruk Arsenal kebelakangan ini mencetuskan tanda tanya mengenai nasib Wenger yang kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Kenali individu-individu ini yang mampu mengubah nasib Arsene Wenger.

Stan Kroenke.

Stan Kroenke.
Umur: 69 tahun
Warganegara: America
Role: Director

Kroenke yang masih mengekalkan 67.05% saham (majoriti) di Arsenal dan sudah pasti beliaulah yang paling 'berkuasa' untuk menentukan masa depan Arsene Wenger di Arsenal. Menurut Forbes, Kroenke mengumpul jumlah kekayaan yang bernilai $ 7,4 bilion.

Kroenke, yang terlibat dalam industri hartanah, pernah menegaskan kepercayaan beliau terhadap Wenger dalam satu temu bual bersama akhbar Daily Telegraph pada tahun 2013: 'Tidak ada satu saya rasa lebih hebat dan saya fikir dia (Wenger) melakukan yang menakjubkan dan amat bererti sekali. Kami memberi sokongan, kita tidak pernah goyah, kami berbangga dengan beliau, berbangga dengan kelab, cara kelab ini diuruskan. '

Empayar sukan Kroenke termasuklak kelab  Los Angeles Rams dalam NFL, Colorado Rapids di MLS dan Nuggets Denver dalam Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika.

Josh Kroenke (kanan)
Josh Kroenke
Umur: 36 tahun
Warganegara : America
Role: Director

Josh, pewaris (anak) kepada Stan Kroenke, menjadi ahli lembaga Arsenal pada tahun 2013.

Banyak terlibat didalam kelab NBA yang dimilikki oleh empayar Kroenke.


Alisher Usmanov
Alisher Usmanov
Warganegara: Russia
Umur 63
Role: Major Stakeholder

Jutawan Rusia ini telah memilikki saham kedua terbesar didalam Arsenal dengan peratusan pegangan sebanyak 30.04%.

Usmanov telah mengambil alih kepentingan 'Red and White' daripada Farhad Moshiri tahun lepas bagi membolehkan beliau menjadi pemegang kepentingan kedua terbesar kelab.

Moshiri menjual kepentingan beliau untuk menjadi pemilik di Everton.

Forbes menganggarkan nilai kekayaan Usmanov berjumlah $ 15.3 bilion dan beliau telah disenaraikan antara orang terkaya didunia  (ke-58 dunia) pada tahun 2016.


Ivan Gazidis
Ivan Gazidis
Umur: 52 tahun
Warganegara: Greek/Afrika Selatan
Role: Chief Executive Officer

Gazidis memegang tampuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada awal tahun 2009. Mendapat pendidikan awal di Manchester, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.

Gazidis memainkan peranan yang penting dalam pembangunan MLS di Amerika Syarikat dan merupakan antara ahli jawatankuasa untuk beberapa badan  bola sepak di Eropah. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Berkanun Persatuan Kelab Eropah sebuah badan yang berkait dengan  Jawatankuasa Status Pemain FIFA. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Inggeris.

Kontroversi Gazidis muncul tahun lalu dimana beliau menerima bonus tahunan melebihi £ 1juta, walaupun kelab itu gagal untuk memenangi sebarang trofi dan ditambah dengan keuntungan komersial (kelab) yang tidak seberapa.

Gazidis juga merupakan CEO kedua yang menerima bayaran tertinggi selepas Ed Woodward yang merupakan CEO  Manchester United.


Sir Chips Keswick (kanan)
Sir Chips Keswick
Umur: 77 tahun
Warganegara : British
Role: Chairman

Keswick memegang jawatan pengarah dipelbagai bank termasuk Hambros, DeBeers dan Bank of England.

Beliau telah menjadi pengerusi sejak 2013, apabila dia menggantikan Peter Hill-Wood.



Lord Harris of Peckham
Lord Harris of Peckham
Umur: 74
Warganegara: British
Role: Director

telah bersama Arsenal hampir 12 tahun dan banyak terlibat dalam industri permaidani melalui Carpetright.

Dalam temu bual dengan Sportsmail tahun lalu, Lord Harris menegaskan Arsenal berkemampuan untuk bersaing di pentas Eropah.

"Wang adalah 'ketat' apabila kami berpindah ke Emirates tetapi ianya ini lebih bebas sekarang."

Beliau juga menegaskan bahawa wang bukanlah satu masalah untuk Arsene Wenger membeli mana-mana pemain ternama dunia pada awal musim lalu.

Ken Friar (kanan)

Ken Friar
Umur : 82 tahun
Warganegara: British
Role: Director

Friar, telah berkhidmat bersama Arsenal lebih daripada 60 tahun dengan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha dan Pengarah Urusan kelab ini. Individu yang berpenanan penting dalam memastikan perpindahan kelab itu dari Highbury ke Stadium Emirates.

Sumber : Dailymail

Post a Comment

Previous Post Next Post