Pemain membuka peluang untuk berpindah secara pinjaman pada jendela musim panas ini.
Pemain pertahanan Barcelona, Clement Lenglet telah meletakkan sejumlah kelab Liga Perdana Inggeris dalam keadaan 'berjaga-jaga' setelah mengumumkan bahawa dia bersedia meninggalkan kelab Catalan itu pada musim panas ini secara pinjaman.
Tottenham Hotspur, Arsenal, Newcastle United dan Everton semuanya telah melakukan hubungan untuk mendapatkan Lenglet, lapor Sport edisi Isnin.
Keempat-empat itu mewakili kemungkinan yang sangat berbeza untuk pemain Barcelona, dengan Tottenham dalam saingan Liga Juara-Juara dan mengharapkan perkara yang lebih besar dengan Antonio Conte.
Arsenal, terlepas peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara, namun tetap bermain di pentas Eropah dalam saingan Liga Europa.
Newcastle pula dalam proses pembangunan setelah menerima 'nafas baharu' untuk memberikan saingan dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan Everton baru terselamat dari pertempuran penyingkiran bersama Frank Lampard, untuk terus bersaing dalam aksi tertinggi bolasepak Inggeris.
Sport menjelaskan bahawa, Lenglet pada mulanya menentang sebarang perpindahan dan mahu memperjuangkan tempatnya di Camp Nou.
Namun, pemain Perancis itu kini dikatakan menyedari dia jauh daripada perancangan Xavi Hernandez dan harus mencari kelab baharu.
Walaupun begitu, dia hanya mahukan perpindahan secara sementara (pinjaman), dengan pemain berusia 26 tahun itu mempunyai kontrak Barcelona sehingga Jun 2026.
Tottenham sebelum ini menggunakan jendela Januari untuk mendapatkannya secara pinjaman, dengan berhasrat untuk mengubahnya secara perpindahan tetap.
Tetapi mereka gagal melaksanakannya dan kini berpeluang mencubanya sekali lagi, pun begitu hasrat mereka untuk membuat perpindahan itu menjadi kekal tetap kelihatan sukar.
Begitu juga Arsenal atau Newcastle dan juga Everton, pastinya sukar untuk mendapatkan pemain itu secara tetap dengan hanya mampu menggunakan khidmatnya selama setahun, secara pinjaman.