Salah satu kisah paling gila yang pernah ada.

Merungkai saga perpindahan Raphinha dalam pertempuran tiga penjuru.

Leeds United akan menerima bayaran besar, tetapi dari siapa?

Kisah perlumbaan perpindahan yang paling menarik pada musim panas ini menyaksikan pemain sayap Leeds United berusia 25 tahun.

Raphinha, awalnya bagaikan telah bersedia untuk menyertai Arsenal, kemudian Chelsea, tetapi kini, nampaknya akan meneruskan urusan perpindahan dengan gergasi La Liga, Barcelona. 

Walaupun Chelsea dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian bernilai £65 juta bersama Leeds United untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil itu, namun menurut Fabrizio Romano, perlumbaan untuk mendapatkannya masih terbuka dengan Arsenal dan Barcelona dijangka akan mencuba hingga ke titisan terakhir.

Lebih-lebih lagi, dengan ejen pemain itu mendesak untuk pemain itu berpindah ke Barcelona walaupun keadaan kewangan kelab Catalan itu tidak menentu dan perlumbaan untuk Raphinha tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Raphinha masih belum bersetuju dengan syarat peribadi bersama The Blues dan pemain Brazil itu berkemungkinan akan mencetuskan perang bidaan.

Ini kerana laporan sebelum ini juga telah mendedahkan bahawa dia telah bersetuju dengan terma dan syarat peribadi bersama Barcelona sejak Februari lalu, namun Leeds masih belum bersetuju dengan tawaran kelab Catalan itu.

Dengan Arsenal tidak pasti untuk melancarkan bidaan yang lebih tinggi, walaupun menjadi yang pertama mendaftarkan minat mereka terhadap pemain itu, masih harus dilihat jika Barcelona berjaya mengatasi kedua-dua kelab kelab Inggeris ini dalam mengejar Raphinha.

ARSENAL

Berada dalam kedudukan teratas untuk mendapatkan tandatangannya sebelum minat Chelsea timbul.

Bagaimanapun, kegagalan Arsenal untuk memenuhi permintaan Leeds menyaksikan tawaran The Gunners telah ditolak oleh kelab Yorkshire itu dua minggu lalu. 

Setelah melengkapkan pembelian Gabriel Jesus dari Manchester City (walaupun belum diumumkan secara rasmi), The Gunners berminat untuk mendapatkan penyerang lain, dengan Raphinha muncul sebagai prospek yang menjanjikan untuk projek Arteta di Emirates.

Walaupun tidak mungkin untuk melancarkan bidaan baharu, yang mana ianya meningkat dengan ketara untuk pemain itu, Raphinha kekal berada dalam pemerhatian The Gunners.

Edu tidak mungkin berundur daripada perlumbaan tersebut, dengan syarat pemain itu tetap terbuka untuk berpindah ke Emirates. 

Lebih-lebih lagi, dengan belanjawan perpindahan Barcelona bergantung kepada jualan aset dan pemain mereka, Arsenal mungkin mendapati diri mereka masih berada dalam perlumbaan 1 vs 1 untuk Raphinha sebelum kehadiran Chelsea.

CHELSEA

Chelsea secara tiba-tiba muncul dan menjadi pendahulu untuk tandatangannya.

Setelah merasakan terdapat peluang berikutan kegagalan Arsenal untuk memenuhi permintaan Leeds untuk pemain itu, langkah menarik dilakukan The Blues.

Tawaran mereka dengan pantas dipersetujui kelab Yorkshire itu awal minggu ini, mengenai yuran perpindahan.

Bagaimanapun, dengan Chelsea masih belum melakukan perbincangan mengenai terma peribadi bersama Raphinha, destinasi pilihan pemain itu masih kekal menjadi Barcelona.

Itu dapat disaksikan apabila dia dan ejennya, Deco secara terang telah memilih gergasi La Liga itu sebagai kelab pilihan mereka pada musim panas ini.

Dalam pasaran untuk pemain penyerang menjelang kempen akan datang, Chelsea dikatakan telah mengenal pasti Raheem Sterling dan Ousmane Dembele sebagai sasaran berpotensi bersama Raphinha pada jendela perpindahan ini. 

Walaupun The Blues telah membuat satu kejayaan dalam perbincangan dengan Leeds mengenai Raphinha, menurut Fabrizio Romano, ejen pemain itu dilaporkan telah bertemu dengan Barcelona pada Rabu lalu.

Dan kelab Catalan itu telah menghubungi Leeds tidak lama kemudian dengan niat untuk membuat bidaan bagi pemain itu. .

Dengan Chelsea kekal sebagai pilihan untuk mendapatkan pemain Brazil itu walaupun minat yang kuat dari Barcelona sehingga kini, ia masih dan harus dilihat jika kelab La Liga itu berjaya mengatasi The Blues untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

BARCELONA

Dilaporkan, destinasi pilihan pemain itu.

Barcelona dijangka melancarkan satu lagi bidaan rasmi dengan tujuan mencapai persetujuan dengan Leeds berhubung yuran perpindahan Raphinha pada musim panas ini. 

Setelah cadangan awal mereka ditolak oleh kelab Yorkshire dan menurut Fabrizio Romano, kelab La Liga itu perlu meningkatkan tawaran mereka jika mereka ingin mendapatkan pemain Brazil itu pada musim panas ini, walaupun pemain berusia 25 tahun itu dikatakan telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan Barcelona.

Dengan kelab Catalan itu menerima suntikan dana sebanyak £178 juta pound, hasil penjualan 10% hak TV La Liga mereka awal minggu ini, itu telah memberikan harapan dan meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan khidmat Raphinha. 

Bagaimanapun, dengan Chelsea telah membentangkan tawaran hampir £65 juta, gergasi La Liga itu perlu menawarkan lebih daripada nilai itu atau sekurang-kurangnya menyamai jumlah tersebut.

Lebih-lebih lagi, Chelsea bersedia untuk membayar yuran terjamin sebanyak £60 juta termasuk tambahan lain untuk memberikan Leeds menerima jumlah keseluruhan £65 juta, berbanding dengan yuran dan struktur pembayaran Barcelona yang agak tidak memuaskan.

Barcelona sebelum ini dilaporkan sedia membuat bayaran ansuran dalam tiga kali pembayaran, dengan laporan mengatakan Leeds menerimanya dengan baik.

Namun ia masih tidak membawa Raphinha mendapatkan perpindahan ke kelab pilihannya, sehingga kini. 

Walau bagaimanapun, dengan pemain itu cuba memaksa rundingan dengan Catalan, namun Leeds lebih suka menyelesaikan perjanjian dengan Chelsea.

Ia masih harus dilihat jika Barcelona mengeluarkan dana tambahan dengan tujuan untuk mengatasi The Blues dalam masa terdekat.

KESIMPULAN

Masih tidak diketahui masa depan pemain Brazil itu walaupun dilaporkan Leeds menerima tawaran Barcelona begitu juga dengan tawaran Chelsea.

Ini disokong dengan laporan terkini dari Football London yang mengatakan tiada keputusan muktamad dicapai mengenai perpindahan Raphinha ke Barcelona dan Chelsea tidak berputus asa dengan isu perpindahan ini dan mahu ianya diselesaikan dengan segera.

Manakala Arsenal mengambil sikap berdiam diri, memerhatikan perkembangan itu sambil mencari sasaran lain.

Baca kisah perpindahan Raphinha ini secara menyeluruh dari awal hingga kini (disini).

Post a Comment

Previous Post Next Post