Setelah menolak Manchester United ke bawah dan membawa Arsenal naik ke kelompok atas liga, kini pemain muda itu sekali lagi mengecewakan peminat dan penyokong United.
Graduan akademi The Gunners ini telah dicabar Mikel Arteta untuk menyumbang lebih banyak gol semasa mengharungi permulaan kempen yang mengecewakan dan dia tidak mengalami masalah untuk itu malah berjaya melakukannya dengan cukup cemerlang.
Smith Rowe, sudah pun menjadi salah seorang pemain muda paling menarik di Liga Perdana Inggeris dan kini bersedia untuk membawa permainannya ke tahap yang lebih tinggi.
Smith Rowe buat hal lagi.
Selepas berjaya membantu Arsenal melonjak naik (tangga ke-5 liga) dan menolak Man.United jatuh ke tangga ke-6 liga, Smith Rowe akhirnya mendapat perhatian pengendali Three Lions.
Prestasi cemerlang Smith Rowe kini telah diberi ganjaran dengan panggilan pertamanya untuk skuad England selepas Marcus Rashford digugurkan daripada skuad asal Gareth Southgate untuk perlawanan menentang Albania dan San Marino.
Pengumuman terbaru yang dibuat Persatuan Bolasepak England, turut menyaksikan James Ward-Prowse, Mason Mount dan Luke Shaw digugurkan atas beberapa faktor, termasuklah kecederaan dan kecergasan.
"Dia sangat hebat," kata Arteta baru-baru ini.
Pemain berusia 21 tahun itu memainkan peranan penting dalam membantu Arsenal musim lalu dan telah memikul tanggungjawab untuk mengambil jersi No.10 selepas menandatangani kontrak baharu pada Julai lalu.
Bersama Bukayo Saka, dia telah membina satu gandingan mantap yang begitu menarik dan beraksi bersama-sama sekali lagi dalam skuad Three Lions akan memberikan satu kelebihan kepada Southgate dalam membentuk persefahaman antara pemain.
Kecemerlangan dan kepaduan Smith Rowe dalam membantu Arsenal dapat disaksikan apabila menyumbang empat gol dan dua bantuan gol dalam saingan Liga Perdana setakat ini, memberikannya jumlah gabungan tertinggi dikalangan pemain The Gunners musim ini.
Manakala pemakai jersi No.10 United, Rashford yang digugurkan hanya menjaringkan dua gol tanpa sebarang bantuan gol dicipta setakat ini dalam saingan Liga Perdana.
Our no.10 was cleared to be on the bench for the Manchester derby and came on in the second half of the 2-0 loss, replacing Mason Greenwood after 66 minutes - Man United.
Rasford mungkin digugurkan atas sebab kecergasan namun melihatkan pemain muda Arsenal yang baru berusia 21 tahun, mewakili skuad senior England jelas memberikan satu kebanggaan.
"No.10 The Gunners lebih padu dari No.10 United", mungkin itu adalah ungkapan yang cukup membanggakan.
Malah ia turut memberikan suntikan moral buat pemain muda The Gunners untuk terus mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab setelah berjaya dipentas antarabangsa.
Yang pastinya, Smith Rowe sekali lagi mungkin mengecewakan peminat United untuk melihat bintang mereka beraksi dipentas antarabangsa selepas jaringan kemenangan ke atas Watford tempoh hari telah menyebabkan mereka kini berada dibawah Arsenal.
Ya, kelab yang dikatakan akan tersingkir dari saingan Liga Perdana berada diatas kelab yang dijangka memenangi kejuaraan liga.
Smith Rowe satu kebanggaan.
Walaupun masih muda, namun Smith Rowe telah menunjukkan kematang dari segi fizikal malah dia turut menerima pujian dari pundit Sky Sports, Jamie Carragher yang menyifatkan dia sebagai "pemain terbaik yang saya lihat berlari dengan bola dalam Liga Perdana".
Ungkap dan pujian yang diberikan Carragher kepada Smith Rowe semasa Arsenal menang 3-1 ke atas Aston Villa baru-baru ini.
Awal bulan lalu, Smith Rowe telah menjaringkan gol pertamanya untuk skuad England B21 dan jaringan tersebut menyelamatkan skuad Lee Carsley daripada dimalukan Andorra (England B21 menang 1-0).
Bulan ini, dia bersama skuad senior dan jika diberi peluang bermain, sudah tentu ianya memberikan semangat baru kepada pemain itu sendiri dan menjadi kebanggaan buat kita semua.