Final FA Cup 2017 : Arsenal vs Chelsea.


Kemuncak kepada pertandingan kalah mati saingan bola sepak Inggeris musim 2016/17 menemukan Arsenal dan Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA yang dijadualkan pada 28 Mei jam 12.30pagi waktu Malaysia.

Kebiasaan sepak mula pertandingan ini dilakukan pada jam 3 petang waktu tempatan namun kali ini sepak mula bakal dimulakan pada jam 5.30 petang kerana mengikut laporan penganjur mahukan seramai yang mungkin dapat menonton perlawanan ini  (dalam dan luar negara - international) dan ini juga memberi sedikit kelebihan kepada kita (peminat Malaysia).

Dengan melewatkan sepak mula ini, kita dapat menonton perlawanan ini agak selesa memandangkan pada hari tersebut merupakan hari pertama kita berbuka puasa (bagi umat Islam).

Mampukah Arsenal menghalang Chelsea daripada muncul juara berganda?

Dengan Arsenal yang mengalami krisis kecederaan pemain pada bahagian pertahanan serta ditambah dengan penggantungan Koscielny, kini harapan bergantung kepada kapten Per Mertesacker untuk mengekang serangan Chelsea.

Mertesacker, yang menjalani pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan persahabatan Julai lalu, diketepikan sepanjang musim ini sehinggalah beliau dibawa masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir Liga Perdana ketika menentang Everton pada hari Ahad lalu.

Adakah Per yang berusia 32 tahun itu sudah bersedia untuk memulakan aksi di Wembley tanpa rakan-rakan pertahanan yang lain, tanpa Laurent Koscielny (digantung) dan Gabriel Paulista (kecederaan lutut), manakala Shkodran Mustafi (gegaran) dan Kieran Gibbs (kecederaan paha).

COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post