Kontrak baru Bellerin

Arsenal semakin hampir bersetuju  dengan tawaran kontrak baru kepada Hector Bellerin, menurut ejennya Albert Botines.


Hector Bellerin nampaknya sudah bersedia untuk menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal selepas rundingan lanjutan kontrak beliau bersama Arsenal dikatakan berjalan lancar, menurut ejennya.

Pemain pertahanan yang dikenali dengan kepantasan beliau ini telah dikaitkan dengan kelab lama beliau iaitu Barcelona.

Walaupun beliau sebelum ini telah menafikan akan kembali kepada kelab lama beliau yang mana beliau merupakan sebahagian daripada ahli skuad akademi kelab tersebut sebelum menyertai Arsenal pada tahun 2011.

Bellerin, yang telah membuat 86 penampilan dalam semua pertandingan sejak membuat debut kompetitif dalam kempen 2014-15 bersama Arsenal, telah menyatakan bahawa dia gembira berada di England.

Dan ejen antarabangsa Sepanyol, Albert Botines menyatakan bahawa Bellerin akan kekal bersama Arsenal selepas mengadakan perbincangan yang produktif mengenai kontrak baru.

"Kita bercakap (berbincang mengenai kontrak) dan kini semakin hampir mengenai keputusan itu berbanding dua minggu lalu," katanya yang dipetik daripada The Guardian. "Dalam keadaan normal dia akan menandatangani.

"Hector sangat gembira di Arsenal. Ini akan menjadi kali keempat dia telah menandatangani kontrak baru di kelab itu dan ini adalah perkembangan yang baik."

Post a Comment

Previous Post Next Post