Giroud akui tinggalkan Arsenal merupakan satu pilihan.


Giroud akui tinggalkan Arsenal merupakan satu pilihan.

Kedatangan Alexandre Lacazette menyertai Arsenal musim ini seolah-olah satu tamparan hebat kepada rakan senegara pemain itu sendiri iaitu Olivier Giroud.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh laman Football365, Giroud dilaporkan mengakui dimana masa depan beliau bersama Arsenal mungkin tidak lama dengan kemasukkan Lacazetter itu.

"Saya masih pemain Arsenal" - Giroud
Giroud, 30 tahun menyertai Arsenal pada 26 Jun 2012 dengan jumlah yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai £9.6juta daripada kelab Perancis, Montpellier.



Beliau kini bersama skuad Arsenal dalam persiapan pra musim di Australia dan ditanya ketika pelancaran jersi ketiga skuad itu mengenai masa depan beliau sama ada mahu meninggalkan Arsenal atau tidak.

Ini ekoran beliau rumors yang mengaitkan beliau dengan pasukan Everton dan juga West Ham yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Namun beliau menegaskan setakat ini tiada apa yang sahih dan beliau masih merupakan pemain Arsenal dan gembira berada bersama pasuakan ini.

"Ada orang yang bertanya kepada saya jika saya akan pergi atau tidak, saya kata sudah tentu saya adalah pemain Arsenal."

"Saya hanya mahu mempersiapkan diri dengan baik untuk musim ini dan kami akan lihat nanti. Satu perkara yang pasti adalah saya benar-benar menikmati lima tahun saya di Arsenal."

"Saya mempunyai sambutan hangat dari para peminat dan kelab - lima tahun yang menakjubkan bersama kelab ini dan saya tidak akan melupakannya, tidak kira apa yang berlaku."

"Saya masih pemain Arsenal buat masa ini, jadi saya cuba menjadi profesional."

"Tidak kira apa yang berlaku, saya akan melakukan tugas saya di padang dan akan berusaha untuk bersedia dengan baik untuk musim ini. Itulah yang penting bagi saya."

Walaupun pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini telah menegaskan dimana beliau mahu mengekalkan kedua-dua pemain ini dalam skuad beliau bagi menghadapi saingan liga musim 2017/18 nanti.

Adakah kita bakal kehilangan Giroud?

Post a Comment

Previous Post Next Post