Kenali Reiss Nelson

Reiss Nelson, tiba-tiba nama pemain muda Arsenal ini menjadi bualan hangat peminat dan penyokong Arsenal selepas kemunculan beliau dalam aksi persahabatan menentang Sydney FC tempoh hari.

Selain nama Lacazette yang menjadi sebutan, nama pemain muda ini turut menjadi topik perbualan dengan aksi beliau yang memukau pada perlawanan tersebut.

Pemain berusia 17 tahun ini merupakan salah seorang produk kelahiran akademi Arsenal yang mana pemain ini diserapkan kedalam skuad bawah 15 tahun sebelum menyertai skuad bawah 18 tahun Arsenal pada tahun 2015.

Beliau dalam aksi perlawanan itu, bermain pada posisi sayap kanan dilaporkan telah berjaya mencipta beberapa peluang dalam membantu Arsenal memenangi perlawanan itu yang berkesudahan Arsenal 2-0 Sydney FC.


Melihatkan potensi beliau dalam perlawanan tersebut ramai peminat dan penyokong merasakan bahawa beliau mempunyai peluang dan mampu bersaing dalam skuad utama Arsenal.

Para peminat turut menyuarakan agar Wenger mengekalkan pemain ini bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa panjang.

Aksi beliau dalam perlawanan menentang Sydney FC.

Pengganti Wilshere
Adakah kita bakal melihat pemain ini mengikuti jejak langkah Jack Wilshere dan Alex Iwobi yang mampu beraksi dalam skuad utama Arsenal selepas cemerlang bersama skuad akademi.

Reiss Nelson | Arsenal | Skills & Goals 16/17

Pemain tengah berbakat ini berjaya dimilikki Arsenal pada tahun 2008 dan diserapkan kedalam skuad akademi sebelum berjaya mengikat pemain ini apabila beliau menandatangani kontrak bersama Arsenal pada tahun 2016 (pada usia 17 tahun).



Beliau membuat 25 penampilan dalam skuad remaja Arsenal musim lepas dengan berjaya meledakkan tujuh gol termasuklah dalam penampilan bersama skuad bawah 21 tahun.

Selain itu, beliau juga berjaya menempatkan diri dalam skuad kebangsaan bawah 17 tahun England.

Dengan situasi yang masih samar mengenai masa depan Wilshere, kemunculan Nelson bagaikan pengganti kepada pemain itu yang turut dilahirkan daripada akademi Arsenal.

Maklumat Ringkas:
Posisi utama : Right Wing
Posisi lain : Attacking Midfield dan Left Wing

Rekod setakat ini bersama Arsenal:
Saingan Penampilan Gol Assists
Premier League 2 25 7 8
UEFA Youth League 12 2 -
FA Youth Cup 4 - -
U18 Premier League - Final Stage 3 3 -
U18 Premier League 2 1 -

Rekod bersama skuad Kebangsaan England:
Skuad Penampilan Gol
England U18 3 1
England U17 10 9
England U16 1 -

Rekod penampilan dan gol.
Posisi Penampilan Gol Assists
Right Wing 22 4 6
Attacking Midfield 8 6 2
Left Wing 7 - -
Central Midfield 3 1 -
Left Midfield 1 1 -


Post a Comment

Previous Post Next Post