Mesut Ozil Kekal Bersama Arsenal.


Berita gembira buat peminat dan penyokong Arsenal dan boleh dikatakan berita gembira kedua selepas Arsenal berjaya menandatangani Lacazette.

Mesut Ozil Kekal Bersama Arsenal.
Laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail hari ini mengatakan dimana pemain sensasi Arsenal, Ozil dikatakan mahu kekal bersama Arsenal.

Ozil dilaporkan mahu kekal bersama Arsenal.
"Ia pasti pilihan saya untuk kekal " kata Ozil pada pelancaran kit ketiga Puma yang dibuat oleh kelab itu.

Ozil dikatakan dalam perancangan untuk berunding mengenai kontrak beliau bersama Arsenal sejurus tamat jelajah di Australia namun beliau turut memaklumkan dimana beliau masih lagi belum bercakap bersama Alexis Sanchez mengenai masa depan pemain tersebut (Sanchez) sama ada pemain tersebut mahu kekal bersama Arsenal ataupun tidak.




Beliau turut meminta semua orang menghormati apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh pemain kebangsaan Chile itu jika Sanchez membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan.

Kontrak Ozil yang bakal tamat pada penghujung musim depan dikatakan meminta gaji sebanyak £350,000 seminggu untuk kekal bersama kelab ini.

Beliau turut berharap rundingan kontrak beliau bersama kelab bakal diselesaikan segera dan berharap dapat kekal bersama Arsenal. Beliau kini hanya menumpukan perhatian pada persiapan pra musim dan mengekalkan kecergasan dirinya.

"It is such a great club and I have always said that I feel very good at Arsenal. Once everyone is back in London we will sit down and discuss about the future."

Post a Comment

Previous Post Next Post