Tugas Sukar Arsenal


Mampukah Arsenal mengekalkan dua pemain tengah yang kini dikaitkan dengan perpindahan keluar (menyertai pasukan lain).

Dalam kita ghairah mengikuti perkembangan pembelian pemain baru bagi menguatkan pasukan musim depan, dua pemain Arsenal yang dikatakan menjadi buruan kelab lain masih menjadi tanda tanya.

Alexis Sanchez dan Alex Oxlade-Chamberlain yang berada pada tahun terakhir kontrak mereka bersama Arsenal dilaporkan telah menolak tawaran baru kontrak mereka untuk kekal bersama Arsenal.

Dengan Sanchez yang dikatakan berminat untuk menyertai Manchester City, Chamberlain pula dikatakan berminat menyertai Liverpool.

Kredit gambar: Metro
Wajarkah Wenger memenuhi permintaan gaji yang dipinta Sanchez?
Sanchez dikatakan meminta gaji yang terlalu tinggi dalam sejarah Arsenal dengan dilaporkan beliau meminta gaji berjumlah £400,000 seminggu.

Selepas beliau (Sanchez) dikatakan menolak tawaran kontrak baru yang ditawarkan dengan gaji berjumlah £300,000 seminggu, Mirror melaporkan dimana Arsenal sedia untuk lepaskan pemain ini kepada Manchester City dengan nilai £80juta.

Kredit Gambar : Independent
Alex Oxlade-Chamberlain tolak tawaran kontrak baru
Selepas dikaitkan dengan kelab Liverpool yang mana pengurus mereka Klopp sanggup menawarkan posisi tengah kepada Ox, beliau sebelum itu dilaporkan kecewa dengan pihak pengurusan Arsenal yang dikatakan 'slow' dalam menawarkan kontrak kepada beliau.

Alex Oxlade-Chamberlain rejects new Arsenal contract amid Liverpool interest - Express UK.
Namun selepas Arsenal menawarkan kontrak baru, beliau menolak tawaran itu.

Sanchez 'ular' 
Sanchez pernah dikutuk oleh bekas pemain Liverpool, Stan Collymore yang mendakwa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dengan merujuk Sanchez sebagai 'ular'.

Collymore, yang mempersoalkan mentaliti Sanchez adakah benar-benar hebat sebagaimana beliau berjaya membuat peminat menganggap beliau adalah seorang pemain yang hebat.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang pemain yang dikatakan hebat di'reject' kelab gergasi dunia, Barcelona.

‘I always wondered how a hard-working, technically brilliant goalscorer was let go by Barcelona. I can now see why,’ Collymore memberitau Boyle Sports.

Collymore anggap Sanchez adalah orang yang tidak boleh dipercayai.
Kredit gambar : Daily Star
'Ular' yang dimaksudkan Collymore merujuk kepada seorang yang tidak boleh dipercayai dan seseorang yang melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan sesuatu daripada itu.

Mampukah Wenger menyelesaikan masalah ini sebelum jendela perpindahan ditutup?

Semalam Daily Star, telah melaporkan dimana kedua-dua pemain ini bukan untuk dijual terutamanya kepada kelab/pasukan EPL.

Apa pandangan anda

Patutkah Wenger kekalkan 2 pemain ini

Kekalkan
Lepaskan
SurveyMaker

Jual atau tidak

Siapakah yang patut dijual/dilepaskan

Alexis Sanchez
Alex Oxlade-Chamberlain
free surveys

Post a Comment

Previous Post Next Post