Arsenal cadang tingkatkan kapasiti Stadium Emirates

Kredit gambar: Arsenal
Arsenal dilaporkan dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti Stadium Emirates dengan penambahan 800 kerusi.

Arsenal dalam laporan terkini dikatakan sedang berunding dengan pihak berkuasa tempatan Islington untuk mendapatkan kebenaran bagi mempertingkatkan kapasiti Stadium Emirates.

Difahamkan kapasiti stadium mengalami 'pengurangan' ekoran pelbagai projek termasuk kerja-kerja penambahbaikan padang dan sekitar padang.

Arsenal yang berpindah Stadium Emirates pada tahun 2006 dan ketika itu stadium tersebut mempunyai kapasiti 60,432 namun mengalami penyusutan ekoran kerja-kerja yang dinyata tadi menjadi 59,867 tempat duduk.

Difahamkan juga pemegang tiket bermusim akan menjadi yang pertama ditawarkan kerusi baru ataupun tempat duduk tersebut.

Arsenal yang dihubungi oleh Football London berkata:

“We are working with Islington Council to assess viable options to increase our capacity at Emirates Stadium.

"As a result of a number of required stadium projects, our capacity has decreased over the last few years and we are looking at ways to bring this figure back up to allow more supporters to watch the team play at Emirates Stadium."

"“We will communicate further details at a later date as these plans develop.”

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak Islington Council untuk menilai pilihan yang berdaya maju untuk meningkatkan kapasiti kami di Stadium Emirates.

"Kesan daripada beberapa projek stadium yang diperlukan, kapasiti kami telah menurun sejak beberapa tahun yang lalu dan kami sedang mencari jalan untuk membawa kembali angka ini untuk membolehkan lebih ramai penyokong menonton perlawanan di Stadium Emirates.

"Kami akan menyampaikan butiran lanjut pada masa akan datang apabila rancangan ini berkembang."

Dan kerja-kerja ini dinamakan 'Operation Saturn'.

Post a Comment

Previous Post Next Post