Jack Wilshere sedia untuk aksi liga


Wenger percaya bahawa Jack Wilshere kini bersedia untuk beraksi dalam aksi liga selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Arsenal menang 1-0 keatas Doncaster Rovers pada saingan EFL Cup semalam.

Wilshere yang tampil dalam perlawanan pertama beliau bersama skuad utama Arsenal ketika aksi saingan EFL Cup baru ini memberikan keyakinan bahawa beliau kini mampu bersaing dan bersedia untuk mengisi skuad utama Arsenal dalam saingan liga.

Beliau kali terakhir membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal pada April 2016 sebelum dipinjamkan kepada Bournemouth pada musim 2016-2017.


Aksi beliau yang menyakinkan serta mantap pada perlawanan menentang Doncaster semalam membuatkan Wenger yakin bahawa pemain ini mampu kembali dalam kesebelasan utama Arsenal dalam menghadapi saingan liga setelah beraksi penuh 90 minit masa perlawanan.


Petikan kata-kata Wenger mengenai Jack Wilsere
I wanted to keep him on. It was the ideal game," Wenger told reporters. "You have to put the game into perspective. But it was important for him to build him up.
For me he is available now to play - I have to decide when to play him. He needs 90 minutes of that intensity to be repeated.
Wilshere hampir-hampir berjaya mencatat ataupun menghasilkan satu bantuan gol (assist) pada pertembungan itu apabila hantaran cantik beliau yang berjaya disambut dengan baik oleh Giroud namun ketangkasan penjaga Doncaster berjaya menyelamatkan percubaan menarik penyerang Perancis itu.

Video percubaan Giroud hasil hantaran Wilshere.
Wilshere juga menjadi pilihan peminat dalam memilih pemain terbaik menentang Doncaster melalui tweer yang dikeluarkan oleh AFCStuff.
Diharapkan Wilshere mampu mengembalikan zaman kegemilangan beliau sebagaimana beliau dimasa remaja dahulu.

Post a Comment

Previous Post Next Post