Mampukah Wilshere mengembalikan kegemilangan beliau?


Jack Wilshere, 25 tahun merupakan salah seorang produk yang dilahirkan daripada akademi Arsenal dan telah bersama Arsenal hampir 16 tahun.

Beliau menyertai Arsenal pada Oktober 2001 setelah diterima untuk memasuki Akademi Arsenal pada usia sembilan tahun.

Tujuh tahun kemudian beliau telah berjaya membuat debut pertama bersama Arsenal pada usia 16 tahun dan merupakan pemain termuda Arsenal yang pernah membuat penampilan didalam saingan liga.




Beliau yang disifatkan Wenger sebagai pemain istimewa sehinggakan pengurus Arsenal ini yakin untuk memberi peluang kepada beliau beraksi pada usia 16 tahun bersama skuad utama Arsenal.

Malahan beliau turut mendapat kepercayaan Pengurus England, Fabio Capello apabila memasukkan pemain ini pada perlawanan England menentang Hungary pada 11 Ogos 2010 diminit ke-82 menggantikan Gerrard.

Capello turut percaya dengan kebolehan yang ada pada Wilshere.
England memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1 dan penampilan Jack Wilshere ini pada usia 18 tahun menjadikan beliau pemain ke-10 termuda dalam sejarah skuad Bolasepak England yang pernah membuat penampilan antarabangsa.

Namun kecederaan sentiasa 'mencemburui' beliau. Saat dimana karier bolasepak beliau semakin menyinar, beliau dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Dan musim lalu beliau dipinjamkan kepada Bournemouth bagi memenuhi impian beliau untuk beraksi setelah gagal untuk menembusi skuad utama Arsenal serta bagi mengekalkan dan mempertingkatkan kecergasan yang diperlukan setelah pulih daripada kecederaan.

Sekembalinya beliau daripada Bournemouth, beliau sekali lagi terpaksa bekerja keras bagi mengembalikan kecergasaan setelah pulih daripada kecederaan yang dialami beliau ketika dipenghujung saingan liga bersama Bournemouth.



Dengan kini beliau berada ditahun terakhir kontrak bersama Arsenal, beliau seakan terdesak untuk kembali mendapatkan kepercayaan Wenger yang pernah memberi peluang kepada beliau pada usia remaja.

Menjelang pertembungan menentang Doncaster bagi saingan Piala Liga - EFL Cup awal pagi esok, beliau dijangkakan diberi peluang sekali lagi oleh Wenger.

Dan mungkin kali ini beliau berada dalam kesebelasan utama setelah berjaya membuat penampilan pertama bersama Arsenal musim ini ketika masuk menggantikan Iwobi pada minit ke-68 pada pertembungan menentang Cologne (Liga Europa). 

Wenger yang ditanya mengenai kemampuan Wilshere sebagaimana pemain itu berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan diusia muda (remaja);
It’s a dream for all of us. I gave Jack his start at 17 years of age.
You have to be convinced to play a boy at 17 that he is a special player.
He is a special player, but we are all the same in that you need health to work.
Wenger juga percaya bahawa Wilshere kini lebih matang dan mampu mengawal emosi dan tindakan didalam dan diluar padang setelah kembali daripada Bournemouth (secara pinjaman).

Wenger percaya Wilshere kini lebih matang.
Beliau turut menjelaskan dimana Wilshere dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam merebut kembali tempat beliau didalam skuad utama Arsenal namun Wilshere perlu bekerja lebih keras bagi mengembalikan prestasi terbaik beliau sebelum berjaya mengisi skuad utama Arsenal musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post