Peminat Arsenal tidak boleh bersikap negatif


Arsenal yang berada dalam tekanan kuat selepas mengharungi tiga perlawanan liga dengan mengalami dua kekalahan berturut-turut, mendapat kecaman dan perhatian daripada peminat bolasepak serta pihak media.

Kekalahan memalukan 4-0 kepada Liverpool dalam perlawanan terakhir liga sebelum berehat kerana 'international break' serta kegagalan membeli pemain baru pada jendela perpidahan yang baru ditutup, menambahkan lagi tekanan dan kutukan terhadap Arsenal ketika ini.



Dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger merupakan antara individu yang menerima kritikan paling teruk ketika ini selain pemain-pemain yang dikatakan gagal mempamerkan aksi cemerlang.

Bukan sahaja Wenger dan pemain malahan pihak pengurusan juga turut dikritik ketika ini.


Namun dalam temuramah bersama beIN Sports, Wenger telah meminta penyokong Arsenal supaya tidak menjadi terlalu negatif mengenai perkembangan kelab ketika ini.


Menurut Wenger, sikap begini (negatif) tidak mampu menolong kelab jika mereka (peminat) mahukan kelab mencapai kejayaan pada musim ini.

Beliau turut menggesa peminat dan penyokong Arsenal untuk terus memberikan sokongan kepada kelab ketika ini dalam mengharung detik-detik sukar sambil menegaskan dimana pemikiran negatif ini tidak akan membantu kelab.

Bersatu

Dalam temuramah tersebut, beliau turut meminta penyokong dan peminat Arsenal bersatu dalam memberikan sokongan serta meminta penyokong-penyokong ini supaya tidak berputus asa memandangkan musim 2017/18 baru sahaja bermula (diperingkat awal musim).

"People always make their mind up very quickly,"

"The players forget very quickly how good they are – much quicker than you think. We have to continue to believe in our strengths and not to forget."

"Our fans as well, to have a successful team, we need our fans. Our fans can say, 'OK, our squad is not good enough, we are not good enough' and think we have no chance – that will not work."

"We want our fans to be behind us in this moment as well, even if we are very sorry for what we delivered. To have a successful team we need to have that. "

"Let's not forget, not one and a half months ago we won the Community Shield and [we also] won the [FA] Cup in a very convincing way with the same players."


"What we learned from this defeat was that we were not at all at the level that is expected from us and that we have to very quickly show that was a complete accident. The transfer period played a part in that as well.

"A top-level sportsman is a guy who keeps going where others give up. It would be absolutely stupid to say today that you give up for the rest of the championship."

-- Goal



Arsenal kini berpeluang membuktikan ataupun mengembalikan kenyakinan penyokong terhadap mereka apabila menentang Bournemouth pada perlawanan liga hujung minggu ini di Stadium Emirates dengan memenangi perlawanan tersebut dengan permainan yang menyakinkan ditunjukkan daripada pemain.

Post a Comment

Previous Post Next Post