Wenger kagum dengan kehebatan anak Sir Alex Ferguson


Arsenal berjaya menewaskan Doncaster 1-0 dalam pusingan ketiga saingan EFL Cup 2017/18 walaupun membariskan skuad kedua terkuat Arsenal awal pagi tadi.

Mungkin ada dikalangan peminat Arsenal yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dimana Arsenal hanya mampu menang 1-0 dengan kelab yang beraksi pada saingan lebih rendah.



Namun, Doncaster Rovers yang beraksi dalam League One ini dibimbing oleh anak bekas seteru utama Wenger dalam Liga Perdana Inggeris, Sir Alex Ferguson iaitu Darren Ferguson.

Darren dan bapanya Sir Alex Ferguson.
Sebelum perlawanan tersebut diadakan, Darren terlebih dahulu telah meminta nasihat daripada bapa beliau bagaimana menghadapi Arsene Wenger dan Arsenal sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Sky Sports.
Darren Ferguson asks dad Sir Alex Ferguson for advice on Arsene Wenger - Sky Sports.
Dan pada perlawanan tersebut, Wenger turut menjemput Ferguson menyaksikan perlawanan tersebut ditempat duduk eksekutif.
I invited him tonight
Sport is as well good for that, you fight against each other with respect, and that's it. - Wenger.
Arsenal hanya mampu menjaringkan satu gol pada perlawanan tersebut namun ianya sudah memadai bagi menjamin tempat ke pusingan keempat Piala EFL.

Dan Wenger jelas kagum dengan corak persembahan dan permainan yang dipamerkan oleh skuad kendalian Darren itu dalam mengekang asakan Arsenal awal pagi tadi.
They came, they gave us a tough time. They never showed us any weakness, mentally they kept going until the end. They could have scored a goal as well, and I must say I was surprised by their quality and their level. - Wenger.
Ketika ini Doncaster menghuni tangga ke-19 liga daripada 24 pasukan dengan hanya mampu mencapai satu kemenangan daripada lapan perlawanan yang telah diharungi setakat ini.

Manakala Darren pula telah mengendali Doncaster bermula tahun 2015 (Oktober) dan telah berjaya membawa pasukan itu beraksi di League One musim ini setelah berjaya menamatkan saingan League Two musim 2016/17 ditempat ketiga.

Post a Comment

Previous Post Next Post