Kenapa Catalunya mahukan kemerdekaan?


Wakil kepada pemerintah daerah Catalan, Jordi Turull memberitahu kepada wartawan semalam bahawa 90% daripada 2.26 juta penduduk daerah itu (Catalunya) memilih 'ya' untuk menyokong kemerdekaan Catalunya daripada Sepanyol.

Hanya 8% pengundi yang tidak menyokong usul kemerdekaan Catalunya dan selebihnya adalah undi tidak sah ataupun undi rosak. Beliau turut menjelaskan dimana 15,000 undi masih dikira sehingga semalam. 



Sejarah Catalunya
Catalunya merupakan daerah Sepanyol yang terkaya didalam negara itu dan rakyat ataupun penduduk mereka begitu bangga dengan identiti dan bahasa mereka sendiri.

Bahasa Catalan dikatakan berbeza dengan bahasa Sepanyol dan ada yang mengatakan ianya lebih mirip hasil gabungan empat bahasa iaitu Sepanyol, Perancis, Itali dan Portugal.

Catalunya menjadi sebahagian daripada Sepanyol bermula pada abad ke-15, ketika Raja Ferdinand dari kerajaan Aragon dan Ratu Isabella dari kerajaan Castile berkahwin.

Perkahwinan mereka berdua telah menyatukan kedua-dua kawasan jajahan takluk mereka (kedua-dua kerajaan - Aragon dan Castile) dan menjadi Espana (Sepanyol).

Kerajaan Aragon (1452-1516) dan Kerajaan Castille (1451-1504) 
Crown of Aragon (1162–1716) 
Apabila Sepanyol menjadi sebuah republik pada tahun 1931, Catalunya diberikan kuasa autonomi (hak memerintah atau mengurus sendiri) yang luas. 

Dan Catalunya merupakan kubu kuat rebulikan pada Perang Saudara Sepanyol namun kejatuhan Barcelona kepada  Spanish Confederation of Autonomous Right-wing Groups (konservatif) pimpinan Gen Francisco Franco pada tahun 1939 bermulalah era pemerintahan Francisco Franco selaku Perdana Menteri ke-68 Sepanyol.

Francisco Franco mengetuai pemberontakan (tentera) yang berjaya menggulingkan republik demokratik Sepanyol dalam Perang Saudara Sepanyol (1936-39).
Di bawah pemerintahan ultra-konservatif Franco, kuasa autonomi Catalunya dibatalkan, penduduk ataupun rakyat Catalunya ditindas dan penggunaan bahasa Catalan dihadkan dinegara itu.

Selepas kematian Fanco, Catalunya  kini mempunyai parlimen dan eksekutifnya sendiri yang dikenali sebagai "Generalitat" dalam bahasa Catalan.

Dan penduduk Catalunya menyalahkan kerjaaan pusat Sepanyol dalam krisis hutang Sepanyol pada tahun 2008.



Saiz Catalunya
Catalunya, sebuah wilayah yang mempunyai penduduk berjumlah 7.5 juta orang, merangkumi 6.3% wilayah Sepanyol dan 16% penduduk negara itu serta dianggarkan keluasan menghampiri saiz negara Belgium.

Usaha Catalunya dalam mencapai kemerdekaan.
Kenapa mahu merdeka?
Catalunya mempunyai parlimen sendiri yang mengawal dan menjaga wilayah / daerah mereka serta memiliki kuasa dalam hal-hal berkaitan pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Malah Catalunya juga menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Sepanyol dengan membayar cukai yang berjumlah berbilion euro dan apa yang diterima daripada kerajaan pusat amat mengecewakan penduduk Catalunya yang dianggap tidak sepadan dengan apa yang diberi.

Dengan berpisah daripada Sepanyol, Catalunya dijangka menjadi sebuah negara yang lebih kaya dan mampu melindungi bahasa dan budaya mereka yang dipertahankan mereka sehingga kini.

Nasib Barcelona
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, nasib Barcelona masih belum diketahui dan sebarang pembentukan liga baru oleh Persatuan Bola Sepak Catalunya sudah pasti menemui jalan sukar.


Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini enggan mengulas mengenai isu kemerdekaan Catalunya dan nasib yang bakal menimpa kelab bolasepak Barcelona.

Manakala Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) meminta Sepanyol dan Catalunya berunding diantara mereka bagi menyelesaikan masalah ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post