Semenjak Wenger menggunakan empat pemain pertahanan dalam formasi terkini Arsenal, kelibat pemain pertahanan kiri dan juga pertahanan sayap kiri (LWB), Sead Kolasinac menjadi tanda tanya peminat dan penyokong Arsenal.
Kali terakhir Arsenal beraksi dalam saingan liga dengan tiga pemain pertahanan adalah pada perlawanan menentang Southampton yang berkesudahan seri 1-1.
Dan perubahan taktikal dan formasi Arsenal dalam saingan liga selepas itu menyaksikan Maitland-Niles lebih mendapat tempat berbanding Kolasinac.
Maitland-Niles menjadi pilihan utama Wenger dalam formasi terkini Arsenal. |
Pada saingan Piala Carabao baru-baru ini ketika menentang West Ham, Kolasinac diturunkan pada posisi pertahanan kiri dalam formasi empat pemain pertahanan.
Pun begitu, didalam aksi liga Maitland-Niles tetap menjadi pilihan utama Wenger berbanding Kolasinac yang mana pemain muda ini telah membuat tiga penampilan berturut-turut dalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan liga (menentang West Ham,Newcastle dan Liverpool).
Kolasinac diturunkan dalam aksi Piala Carabao. |
Menurut pendedahan yang dibuat oleh Goal, punca mengapa Maitland-Niles lebih menjadi pilihan Wenger berbanding Kolasinac adalah kerana formasi yang digunakan Wenger ketika ini iaitu dengan empat pemain pertahanan.
Mengikut penjelasan yang sebagaimana dilaporkan yang dikeluarkan oleh Goal, Maitland-Niles lebih sesuai bermain pada posisi pertahanan kiri menggantikan Kolasinac dalam formasi empat pemain pertahanan.
Ini kerana kebolehan beliau untuk melakukan proses 'recovery' serta 'possesion' lebih bagus berbanding Kolasinac.
Namun jika Arsenal menggunakan formasi tiga pemain pertahanan, Kolasinac lebih menjadi pilihan Wenger dalam formasi 3-4-2-1.
Manakala Shkodran Mustafi pula hanya masih belum cergas sepenuhnya namun kecederaan Monreal pada minit ke-45 memaksa Wenger untuk menurunkan beliau pada aksi menentang Liverpool pagi tadi.
Jika mengikut laporan Goal ini, adakah Kolasinac bakal memanaskan bangku simpanan sahaja memandangkan formasi empat pemain pertahanan kembali menjadi pilihan Wenger ketika ini.
Bagi penulis, mana-mana pemain yang dirasakan mampu untuk bermain dengan lebih baik layak untuk beraksi dan ini mewujudkan persaingan sihat dikalangan pemain Arsenal.
Bagaimana pula pendapat anda?
Jika mengikut laporan Goal ini, adakah Kolasinac bakal memanaskan bangku simpanan sahaja memandangkan formasi empat pemain pertahanan kembali menjadi pilihan Wenger ketika ini.
Bagi penulis, mana-mana pemain yang dirasakan mampu untuk bermain dengan lebih baik layak untuk beraksi dan ini mewujudkan persaingan sihat dikalangan pemain Arsenal.
Bagaimana pula pendapat anda?