Wenger nafi dakwaan berhubung beliau


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nafi dakwaan bahawa beliau bakal menamatkan kontrak lebih awal bersama Arsenal.

Arsene Wenger bakal berusia 69 tahun pada Oktober ini (2018) telah mengendali Arsenal lebih daripada dua dekad dengan beberapa kejuaraan domestik berjaya dijulang beliau bersama kelab London ini.


Mengharungi musim ini dengan penuh kontroversi semenjak bermulanya kempen liga musim ini apabila gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan dengan prestasi semasa pasukan yang dilihat gagal memberi saingan dalam mencabar kejuaraan liga; tekanan untuk melihat beliau meninggalkan kelab ini semakin memuncak.

Dan bercakap mengenai beberapa dakwaan bahawa pengendali kelahiran Perancis ini mungkin meninggalkan Arsenal lebih awal (menamatkan kontrak beliau lebih awal), Wenger menolak spekulasi tersebut walaupun ketika ini beliau berdepan dengan situasi mengecewakan di Stadium Emirates.

Masa depan Wenger bersama Arsenal musim lalu menjadi perhatian ekoran kontrak beliau bersama kelab tersebut bakal berakhir sebelum beliau memutuskan untuk menandatangani kontrak baru untuk tempoh dua tahun lagi dan bakal berakhir pada 30 Jun 2019.

Kempen 'Wenger Out'  musim lalu
Arsenal ketika ini berjuang untuk menamatkan saingan liga dikedudukan terbaik liga (empat pasukan terbaik) bagi menjamin tempat ke kejohanan UCL musim depan setelah berbelanja besar mendapatkan pemain seperti Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang yang tiba dengan rekod pembelian pemain termahal (tertinggi) oleh kelab.

Dengan menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (ketika ini) selain terkeluar daripada saingan Piala FA musim ini, peluang untuk Arsenal menjuarai trofi musim ini adalah pada siangan Liga Europa dan juga Piala EFL - Carabao Cup.

Dan prestasi Arsenal ketika ini menyebabkan dakwaan serta laporan mengenai Wenger bakal menamatkan kontrak lebih awal kian 'panas' namun  menurut pengurus berpengalaman ini, beliau menegaskan bahawa beliau berhasrat untuk menghormati komitmennya (kontrak) terhadap kelab.

Bercakap kepada beIN Sports, Wenger:

"Saya sentiasa menghormati kontrak saya,"

"Saya ingin mengingatkan anda bahawa saya pernah menolak tawaran daripada kelab-kelab besar didunia dengan alasan bahawa saya menghormati kontrak saya bersama Arsenal, jadi itulah yang saya akan lakukan (menghormati kontrak dan kekal dengan komitmen)."

"Selepas itu kita juga harus menerima dalam tugas (pekerjaan) kita bahawa masa depan adalah masa depan tetapi bagi saya masa depan adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya."

"Kami perlu melakukan yang lebih baik dalam setiap perlawanan dan tampil dengan yakin sehingga akhir musim ini untuk memenangi setiap perlawanan. Itulah yang berlaku untuk kami. "

"Pemain-pemain yang masuk, adakah mereka mempunyai kualiti untuk memberikan kita sesuatu yang istimewa? Ya. Namun ianya berkaitan prestasi mereka ketika diatas padang untuk membuktikannya."


Selepas selesa mencatatkan kemenangan 3-0 keatas kelab Sweden, Ostersund dalam saingan Liga Europa, Arsenal bakal menentang kelab tersebut sekali lagi pada 23 Februari ini sebelum menentang Manchester City, tiga hari kemudian (26 Februari) dalam perlawanan Akhir Piala EFL - Carabao Cup.

Mampukah Arsenal menjuarai Piala EFL kali ini?

Ya
Tidak
Created with PollMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post