Apakah maksud Sanchez? Kredit gambar : The Telegraph
Tampalan status Instagram Alexis Sanchez selepas Manchester United mengalahkan Arsenal di Old Trafford pada saingan Liga Perdana menimbulkan sedikit persoalan mengenai maksud yang cuba disampaikan beliau itu.
Selepas berjaya menewaskan Arsenal pada 29 April lalu, Alexis Sanchez yang bermain untuk kali pertama bersama Manchester United dalam menghadapi bekas rakan sepasukan dan juga bekas kelab beliau, Arsenal telah memuat naik status penuh persoalan.
Ketika awal musim, beliau telah mencetuskan kontroversi dengan menyatakan ingin meninggalkan Arsenal dan pemergian beliau ke Manchester United turut mencetuskan kontroversi.
Malahan bekas rakan sepasukan beliau ketika di Arsenal turut tidak membuat sebarang status perpisahan terhadap beliau dan ini amat ketara jika dibandingkan dengan perpindahan Theo Walcott dan lain-lain.
Selepas perlawanan, Sanchez, yang memainkan peranan utama dalam gol pertama telah memuat naik status pada laman sosial Instagramnya dengan memuji kemenangan itu dan turut mencabar rakan sepasukannya untuk terus meningkatkan lagi prestasi jika mereka merebut dan bersaing dalam Kejuaraan Liga Perdana musim depan.
Apa komen anda?
“Happy for the win... but for next season, if we want to fight for the
premier league and the champions and everything that comes, we must keep
improving because we are the MANCHESTER UNITED ALL TOGETHER FAMILY,”