Buvac bakal kembali ke Jerman

Buvac bakal kembali ke Jerman. Kredit gambar : Chat Sports

Bekas pembantu pengurus Liverpool, Željko Buvač dilaporkan telah menghadiri temuduga di Jerman untuk menjadi pengurus baru Eintracht Frankfurt pada musim depan dengan Niko Kovač bakal mengambil alih di Bayern Munich.

Kelab Liverpool telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Buvac, kelahiran Bosnia-Serbia telah mengambil cuti sehingga akhir musim ini diatas faktor 'sebab peribadi' namun spekulasi media berterusan merujuk ianya mempunyai kaitan dengan konflik kepentingan

Konflik diantara Buvač dan Jürgen Klopp dikatakan terjadi diatas sebab-sebab peribadi yang tercetus diantara mereka berdua namun tidak dijelaskan secara terperinci oleh media-media ketika ini.

Pun begitu, terdapat laporan media yang mengatakan bahawa beliau bakal mengambil alih posisi Arsene Wenger di Arsenal.

Dan bekas pemain Liverpool, Danny Murphy pula mendakwa bahawa Buvac masih tidak layak untuk menggantikan Arsene Wenger untuk menduduki kerusi panas Arsenal kerana kekurangan pengalaman dalam menjadi pengurus pasukan. 


Namun menurut laporan terkini, beliau dikatakan bakal kembali  ke Jerman untuk menjadi pengurus pasukan dan bukan lagi sebagai pembantu.

Menurut laporan Back Page Football,  Buvač telah diberi keizinan oleh Liverpool untuk menghadiri dua temuduga dalam mencari peluang baru dalam karier beliau namun hanya menghadiri satu temuduga sahaja.

Dan kelab yang dihadiri beliau bagi temuduga tersebut adalah kelab Jerman iaitu Eintracht Frankfurt.

Dengan pengurus pasukan itu, Niko Kovač bakal menyertai Bayern Munich musim depan, Eintracht Frankfurt memerlukan seorang pengurus baru dan Buvac dilihat calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ini kerana pihak pengurusan kelab tersebut turut meminati bekas penolong kepada Jurgen Klopp ini.
The other job he was considered for and interviewed for, is the upcoming vacancy with Eintracht Frankfurt. Current boss Niko Kovac will move to Bayern Munich in the summer and Zeljko is in the running to move to the club and is gone on gardening leave in the meantime until the picture is clearer. Fredi Bobic is a fan, so too is club president Peter Fischer. Buvac is highly respected in German football circles – just as much as Klopp – and the opportunity to take over at Eintracht suits all parties. - Back Page Football.

Post a Comment

Previous Post Next Post