Pertukaran nombor jersi pemain Arsenal beri gambaran Petr Cech kekal.

Pertukaran nombor jersi pemain Arsenal beri gambaran Petr Cech kekal.

Arsenal telah mengumumkan perubahan nombor jersi pemain yang bakal digunakan musim depan dengan empat pemain mendapat nombor jersi baru.



Petr Cech pada musim lalu menggunakan nombor jersi 33 dan pada musim depan beliau bakal menggunakan ataupun memakai jersi bernombor 1.
Ironinya, Petr Cech musim lalu (2017/18) dilihat tidak lagi konsisten dan prestasi beliau itu turut mencetuskan persoalan dengan rata-rata peminat melihat beliau tidak lagi mampu menjadi penjaga gol utama musim depan.

Dengan jersi bernombor 1 yang bakal digunakan beliau musim depan, ini seolah memberi gambaran bahawa khidmat beliau mungkin akan dikekalkan selain kemungkinan untuk menyaksikan David Ospina bakal dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Semenjak menyertai Arsenal pada 2015, beliau diberikan nombor jersi 33 memandangkan nombor 1 ketika itu menjadi milik Wojciech Szczesny walaupun bekas penjaga gol Arsenal itu beraksi bersama AS Roma secara pinjaman sebelum menyertai Juventus secara tetap pada tahun 2017.

I already wanted number one when I came but it belonged to Wojciech Szczesny at the time.

Selain Petr Cech yang menggunakan nombor jersi baru musim depan, pertahanan Arsenal, Héctor Bellerín turut bakal menggunakan nombor baru.
Bellerin akan menggunakan nombor 2 musim depan yang merupakan nombor tradisional bagi pemain pertahanan kanan.

Penggunaan nombor jersi mengikut kedudukan pemain. Kredit infografik: The Soccer Yoda
Selain itu, pertukaran nombor jersi Bellerin itu juga menyaksikan beliau telah menggunakan ataupun mengalami pertukaran nombor sebanyak empat kali dengan bermula dengan jersi bernombor 40 ketika melakukan penampilan (debut) pada musim 2012/13.

Kemudian menggunakan jersi bernombor 39 pada musim 2014/15 dan musim lalu dengan nombor 24 (bermula pada musim 2015/16).

Manakala Granit Xhaka, akan menggunakan nombor kegemaran beliau yang turut digunakan beliau ketika bersama Borussia Monchengladbach, nombor 34. Nombor yang pernah digunakan oleh Francis Coquelin sebelum ini.
Dan akhir sekali (setakat ini), Mohamed Elneny akan menggunakan jersi bernombor 4 musim depan, mewarisi nombor yang pernah digunakan oleh Per Mertesacker (musim lalu), Cesc Fabregas dan Patrick Vieira
Pertukaran nombor yang digunakan Cech jelas menunjukkan Ospina gagal untuk mendapat tempat selaku penjaga gol utama Arsenal musim depan.

Dan jika melihat kepada sejarah penggunaan jersi bernombor 4, adakah ini memberi gambaran bahawa Elneny bakal menjadi kapten Arsenal musim depan?

Walaupun perubahan nombor yang bakal digunakan oleh pemain-pemain Arsenal ini boleh dikatakan tidak memberi sebarang makna.

Namun jika pemain itu diberikan nombor baru sebelum musim baru bermula, sudah pasti ianya memberi gambaran bahawa pemain itu kemungkinan dikekalkan.

Melainkan pemain tersebut bakal dilepaskan pada jendela perpindahan Januari depan (mengikut ataupun berdasarkan penilaian pengendali baru).

Dan dalam isu ini, kemungkinan Cech dan Bellerin bakal dikekalkan musim depan (sekadar pendapat peribadi penulis).



Sejarah kapten Arsenal dan nombor jersi yang digunakan dari musim 2000/01 sehingga 2017/18.
Musim Kapten No.Jersi
2000-01 Tony Adams 6
2001-02 Tony Adams 6
2002-03 Patrick Vieira 4
2003-04 Patrick Vieira 4
2004-05 Patrick Vieira 4
2005-06 Thierry Henry 14
2006-07 Thierry Henry 14
2007-08 William Gallas 10
2008-09 William Gallas 10
2008-09 Cesc Fabregas 4
2009-10 Cesc Fabregas 4
2010-11 Cesc Fabregas 4
2011-12 Robin van Persie 10
2012-13 Thomas Vermaelen 5
2013-14 Thomas Vermaelen 5
2014-15 Mikel Arteta 8
2015-16 Mikel Arteta 8
2016-17 Per Mertesacker 4
2017-18 Per Mertesacker 4

Nombor Jersi Pemain Arsenal Musim 2017/18
No.jersi 2017/18 Posisi Pemain Umur
4 DF Per Mertesacker 33
6 DF Laurent Koscielny 32
7 (77) MF Henrikh Mkhitaryan 29
8 MF Aaron Ramsey 27
9 FW Alexandre Lacazette 26
10 MF Jack Wilshere 26
11 MF Mesut Özil 29
13 GK David Ospina 29
14 FW Pierre-Emerick Aubameyang 28
16 DF Rob Holding 22
17 FW Alex Iwobi 22
18 DF Nacho Monreal 32
19 MF Santi Cazorla 33
20 DF Shkodran Mustafi 26
21 DF Calum Chambers 23
22 MF Jeff Reine-Adélaïde 20
23 FW Danny Welbeck 27
24 DF Héctor Bellerín 23
25 DF Carl Jenkinson 26
26 GK Emiliano Martínez 25
27 DF Konstantinos Mavropanos 20
28 FW Lucas Pérez 29
29 MF Granit Xhaka 25
30 MF Ainsley Maitland-Niles 20
31 DF Sead Kolašinac 24
32 FW Chuba Akpom 22
33 GK Petr Čech 36
35 MF Mohamed Elneny 25
40 DF Cohen Bramall 22
61 MF Reiss Nelson 18
69 MF Joe Willock 18
- FW Takuma Asano 23
- FW Joel Campbell 25

Post a Comment

Previous Post Next Post