![]() |
Viktoria Schnaderbeck sertai Arsenal Women. Kredit foto : Arsenal |
Bekas pemain Bayern Munich, Viktoria Schnaderbeck bakal sertai Arsenal Women musim depan.
Viktoria Schnaderbeck ataupun lebih dikenali dengan panggilan Viki merupakan pemain tengah berusia 27 tahun dan telah menghabiskan 11 tahun terakhir beliau bersama Bayern Munich.
Beliau telah memenangi dua gelaran iaitu Frauen Bundesliga dan trofi Frauen DFB-Pokal sepanjang 132 penampilannya bersama kelab tersebut.
Viki juga merupakan kapten bolasepak wanita Austria dengan 63 caps dimiliki beliau bersama pasukan kebangsaan negara tersebut.
Joe Montemurro merupakan bekas pemain bola sepak Australia dan jurulatih semasa Arsenal Women yang dilantik pada November 2017. Kredit foto : Herald Sun
|
"Viki merupakan pemain yang sangat berpengalaman. Beliau telah bermain diperingkat Liga Juara-Juara dan menentang pasukan utama bolasepak Eropah selama bertahun-tahun." jelas pengendali pasukan Wanita Arsenal, Joe Montemurro.
"Sebagai kapten pasukan kebangsaan negara beliau, Viki membawa banyak kelebihan kepada kami dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukannya ke dalam pasukan kami bagi menghadapi saingan musim baru."
Sumber: Arsenal Women
Memetik temubual Viki bersama Arsenal.com, beliau sangat teruja untuk meyertai Arsenal (Women) dan tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan baru yang disertainya ini sambil menyifatkan penyertaan beliau itu sebagai waktu yang tepat dalam karier bolasepaknya.
"Bagi saya, ini adalah masa yang tepat,"
"Saya sangat gembira menerima peluang ini dan mahu mencari pengalaman baru dalam karier bolasepak saya. Saya sangat gembira untuk memulakan."
"Saya berada di sana (Bayern Munich) selama 11 tahun, jadi ia bagaikan keluarga untuk saya dan saya banyak belajar dalam bolasepak profesional wanita. Saya mempunyai masa yang baik dan juga sangat berjaya disana. Kini saya rasa saya perlu mengambil langkah seterusnya dan saya sangat gembira untuk memulakannya."
"Arsenal mempunyai sejarah besar dalam bolasepak wanita dan saya dapat merasainya dari saat pertama mengenal pasukan ini. Mereka mempunyai pemain yang sangat baik, pasukan yang hebat disamping barisan kakitangannya. Faktor inilah yang meyakinkan saya untuk menyertai Arsenal."
"Saya telah bercakap dengan Joe (pengendali Arsenal Women) dan saya tahu beliau seorang jurulatih yang mampu menghasilkan sesuatu yang berbeza kepada pasukan. Saya fikir akan ada langkah besar yang dibuat pada masa akan datang, dan saya berasa cukup selesa bercakap dengannya dan juga dengan idea bolasepak beliau. Saya fikir itu sangat penting."
"Saya pemain tengah bertahan (defensive midfielder)," tambah Schnaderbeck.
"Saya sudah bermain pada bahagian tengah, namun pada tahun-tahun terakhir saya bersama Bayern Munich, saya bermain di bahagian pertahanan sebagai pertahanan tengah."
"Saya suka bermain bolasepak dan saya suka bermain dengan pasukan yang suka bermain bolasepak. Ini sahaja yang boleh saya katakan mengenai diri saya dan selebihnya peminat perlu melihat d serta menilainya sendiri. "