Gelson Martin bakal menjadi 'free agent', Spurs masuk jarum

Arsenal bakal menerima saingan Spurs untuk Martins. Kredit foto :talkSPORT

Sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Gelson Martins mahu meninggalkan Sporting secara berhemah iaitu dengan cara kelab tersebut menerima tawaran yang dikemukakan oleh mana-mana kelab yang inginkan khidmat beliau.

Walaupun beliau mampu membatalkan kontrak beliau bersama kelab tersebut, namun begitu beliau masih berharap mampu meninggalkan kelab itu secara baik.

➽ 14 Jun : Gelson Martin bakal menjadi 'free agent', Spurs masuk jarum

Namun segalanya nampak berubah hanya beberapa hari selepas Arsenal melancarkan bidaan kali kedua terhadap Sporting bagi mendapatkan pemain tersebut.

Selepas tawaran ataupun bidaan kali kedua yang dilakukan Arsenal ditolak Sporting, Gelson Martins dilaporkan telah memulakan proses untuk membatalkan kontraknya bersama kelab tersebut.

Ekoran tindakan yang dilakukan oleh Martins itu, beberapa pasukan ataupun kelab dilaporkan mula menunjuk minat untuk mendapatkan khidmat beliau termasuklah 'musuh setempat' iaitu Benfica.

Pun begitu, ejen kepada pemain tersebut, Ulisses Santos menafikan rundingan bersama Benfica sebaliknya dipercayai bahawa beliau kini sedang berusaha untuk membawa pemain sayap tersebut ke England (Liga Perdana Inggeris).


Arsenal, yang baru-baru ini membuat tawaran sebanyak €30 juta untuk mendapatkan khidmat Martins, bukanlah 'keseorangan' yang berminat untuk mendapatkan pemain itu dan The Gunners dilaporkan bakal menerima saingan daripada seteru utama mereka, Tottenham Hotspur.

Jornal de Notícias (media Portugal) mendakwa bahawa niat Ulisses Santos untuk melakukan 'lelongan' terhadap pemain dibawah seliaan beliau itu bertujuan untuk cuba mencari 'tawaran terbaik' di Liga Perdana Inggeris.

Akhbar Rekod juga melaporkan dan membuat beberapa kemaskini mengenai usaha Sporting untuk mengekalkan pemain tersebut (Gelson Martin). 

Kontrak Gelson Martins mempunyai klausa pelepasan yang boleh meningkatkan dari €60 juta hingga €100 juta, jika kelab tersebut membayarnya pampasan tertentu dan memberinya kenaikan gaji.

Dan Rekod turut menyatakan bahawa Sporting cuba mengaktifkan klausa tersebut dalam beberapa hari yang lalu, tetapi itu semua tidak mencukupi untuk meyakinkan Gelson yang tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan kelab itu.

Sementara itu Presiden Sporting, Bruno de Carvalho membuat keputusan untuk meletakan jawatan bagi mengelak pemain-pemain utama kelab tersebut daripada terus 'mengugut' untuk membatalkan kontrak bersama mereka.

LISBON: Sporting Lisbon President Bruno de Carvalho has offered to stand down if key players withdraw their threats to leave the club in protest at his behaviour which some say amounted to psychological violence.

Dutch forward Bas Dost and three other players informed Sporting on Monday that they were terminating their contracts, joining winger Daniel Podence and Portugal goalkeeper Rui Patricio, who quit on June 1.

Post a Comment

Previous Post Next Post