Arsenal lakukan bidaan kedua buat Gelson Martins

Arsenal lakukan bidaan kali kedua buat Gelson Martins. Kredit foto :Rousing the Kop

Nama Gelson Martins kini semakin hangat diperkatakan oleh media Portugal apabila lima hari  lalu laporan mereka mendakwa Arsenal telah melakukan bidaan (tawaran) dan ditolak Sporting, kini mereka sekali lagi melaporkan berita ini.



Lima hari lalu, mereka  (media Portugal - A Bola) melaporkan dimana Martins mahu meninggalkan kelab tersebut (Sporting) dengan cara baik setelah insiden serangan dibilik persalinan kelab tersebut  berlaku.

Gelson Martin mampu membatalkan kontrak beliau bersama kelab itu sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh penjaga gol yang juga rakan sepasukan beliau, Rui Patricio.

Dan Arsenal dilaporkan telah melakukan bidaan sebanyak €30 juta terhadap Sporting bagi mendapatkan pemain itu, namun ditolak.

Hari ini, media yang sama melaporkan dimana Arsenal sekali lagi melakukan bidaan terhadap pemain tersebut.

Petikan laporan A Bola.
Tindakan susulan Arsenal itu dilaporkan dimana The Gunners sekali lagi melakukan bidaan dengan nilai ataupun jumlah yang sama iaitu sebanyak €30 juta, nilai yang sama yang pernah ditolak sebelum ini.

Dan tindakan Arsenal ini dikatakan memberi tekanan kepada Sporting untuk menerima tawaran tersebut ataupun kemungkinan bakal kehilangan Martins secara percuma.

Namun dipercayai juga, Presiden Sporting, Bruno de Carvalho begitu yakin mampu mengekalkan pemain tersebut yang mempunyai klausa pelepasan bernilai €60 juta.


Presiden Sporting, Bruno de Carvalho. Kredit foto : Jornal de Notícias
Selain itu, beliau juga berharap Martin mampu menyinar dipentas Piala Dunia bagi meningkatkan nilai serta pemintaan untuk mendapatkan pemain ini.

Rui Patricio membuat permohonan kepada Sporting untuk membatalkan kontrak beliau bersama kelab itu pada 1 Jun 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post